Wednesday, September 21, 2011

Diari Seorang Wanita


diari seorang wanita
 “Saya sayangkan awak..sayangkan awak lebih dari semua perkara yang ada pada saya..saya tak mahu memilih untuk tidak meyayangi awak.....kerana saya tak tahu bagaimana mahu meneruskan hidup kalau tidak bersama awak..
Saya sayangkana awak..saya sayangkan awak dengan sepenuh perasaan saya..dengan semua kalbu yang diberikan tuhan kepada saya...
Sungguh!! Saya tidak pernah menipu bila saya katakan yang saya sayangkan awak sepenuh jiwa...” 
“Saya rindukan awak”...sebaris kata itu telah membuatkan empangan airmata aku pecah lagi..hakikatnya sejak semalam aku telah berjanji untuk tidak menangis hari ini.....telah aku hamburkan semua tangisan yang bersisa sejak semalam..aku tidak mahu menangis didepannnya,,bukan kerana ego.tapi tangisan ini hanya akan mencairkan hati sendiri yang sedari dulu cukup rapuh bila berdepan dengannya,,tangisan aku nanti boleh sahaja membuatkan aku menarik balik keputusan yang telah dibuat sekejap tadi..sungguh aku tewas..mutiara jernih itu gugur jua “Ya Allah aku mohon ketabahan saat ini” hnya itu sahaja yang dapat aku bisikkan pada hati....
 Aku tunggu lagi bicara dia..aku tunggu lagi apa pula yang mahu dia suarakan kali ini..aku tahu yang dia tidak akan memujuk jauh sekali untuk meminta aku menarik balik keputusan yang telah aku lakukan..bukan kerana dia tidak boleh berbuat apa-apa terhadap keptusan yang telah aku lakukan..tapi  memang itu yang dia mahukan..dia senyap lagi..sesunguhhnya bila dia tidak bersuara dia telah mengambil seluruh jiwaku.....dia telah membunuh jiwa aku yang tadinya cukup kebal untuk menangangi situasi begini dengan diamnya..aku lebih rela mendengar dia menghamburkan kata-kata kebenaran
Aku pandang lagi raut wajah yang ada di hadapanku.....aku usapi setiap inci wajahnya dengan pandangan kasih dan sayang yang sangat mendalam....kalaulah dia tahu yang hati aku luka berdarah saat ini..dan kalaulah dia tahu aku menderita.....kalaulah dia boleh mengerti..arghhh hati ini kosong tiba-tiba..airmata yang mengalir tadi dirasakan sudah tersejat dengan dinginnya angin malam.....betapa tidak tabahnya aku melalui saat begini,,aku renung lagi wajah itu...wajah yang telah menghiasi  hidupku dulu....dan kenangan pertemuan pertama terimbas kembali.....2 ogos 2008...putrajaya menjadi saksi pertemuan kita......akhirnya apa yang aku tahu kami meninggalkan putrajaya dengan seribu kenangan pada sebuah kisah yang tidak ingin diakhiri....aku menjadi rapat dengan dia semenjak itu....itu sahaja....
....itu saja detik di mana perasaan dua jiwa bercambah menjadi rasa yang sangat asyik untuk aku dan dia..tanpa syarat aku terima sahaja huluran pertautan  dua jiwa itu....semua kisah sepanjang mengenali dia mengembirakan..tiada apa yang dapat membuatkan aku mengemis sendu kecuali bila ada ketikanya tiba waktu-waktu aku terlalu rindukan dia.....
Terlalu banyak kisah suka dan duka yang aku kongsikan  bersama dengan dia..telah aku katakan tadi dia adalah cinta terindah yang penah aku miliki..aku memupuk rasa sayang dan rindu ini tanpa pernah memikirkan yang saat-saat seperti sekrang ini akan tiba jua...dalam kekalutan aku menyusun setiap memori yang tidak dapat aku padam....
“ kenapa awak taknak berkawan dengan saya?
Hakikatnya ini yang ingin aku katakan....
 “sebab awak sudah tidak peduli dengan saya....dari awal lagi awak jadikan alasan sibuk belajar untuk menjauhi saya tapi sebenarnya awak sudah ada wanita lain.....awak takut menghubungi saya..bimbang saya menaruh harapan pada awak....awak sudah tidak pedulikan saya dalam hidup awak lagi..awak tidak punya masa untuk mendengar suara saya.......sebaliknya saya ini tidak lebih dari barang yang boleh awak ambil bila perlu dan buang bila tidak hendak..hati saya sebenarnya sudah terluka..dan kelukaan kali ini tak mungkin dapat awak ubati....saya sudah lemas dengan kasih sayang yang hanya saya sahaja rasa....sebaliknya awak mencintai wanita lain..meyayayangi wanita lain..siapa saya didalam hati awak..jika saya kakak awak..kenapa awak tidak menghormati saya..kalu saya..kakak awak kenapa awak sanggup buat perkara yang bukan-bukan dengan saya...kenapa ??....dunia awak sekrang hanya ada dia dan awak.... dan tidak ada lagi saya dan awak....awak dah lama sisihkan saya dari hidup awak..awak sudah tidak seperti awak yang sya kenal dulu..awak sudah tidak tidak lagi awak...yang sayangkan saya....awak kini adalah awak yang tidak mahu terikat dengan perhubungan yang awak juga mencipta dulu..kenapa tidak dari awal awak jadikan hubungan kita adik dan kakak agar saya mengerti......kini saya hanyalah sisa-sisa kenangan.....
 “kenapa nak smpai putus silaturahim?”ujar awak lagi..aku terkedu....
Sekali lagi aku memohon tabah dari Dia..bicara lelaki ini cukup berbisa..bicaranya boleh sahaja menyebabkan aku mati sebelum mati...bicaranya entah ingin mengemis peluang untuk keberapa kali...dia juga maklum yang dia tidaklah meyayangi aku sebagaimana aku boleh menyanginya..betapalah kasih sayang aku untuk makhlukNya yang seorang ini tidak bersyarat..tidaklah aku meminta berlebih-lebih dari dia...dan bila aku mahu disayangi dan menyayangi adakah aku terlalu mendesak namanya.lalu ini sahaja yang dapat aku katakan...
“ saya ingin bersendirian..”
Hati ku menjerit jangan..tapi lidah kelu.....kenapa jadi begini..sampai bila hati ini mahu disakiti sedangkan dalam cinta itu sepatutnya aku temui bahagia..bukan selalu mengemis sendu bukan sentiasa berasa terluka dengan siakpnya yang tidak pernah pedulikan aku..sedari tadi semua yang ingin aku katakan terperangkap dalam hati.....tapi tidak kali ini...
“cukuplah masa-masa yang lalu yang tak pernah awak hargai....tidak untuk sekali ini”
“tak salahkankita berhubungan sebagai kawan.”
“tidak”
Aku tidaklah bertegas bila berkata tidak,,sebaliknya tidak tadi... lebih kepada satu kata yang tidak dapat melengkapi soalan yang diminta jawapannya dari aku......tiada jawapan yang baik kerana bila aku membiarkan permintaanya tanpa sebarang jawapan aku sebenarnya bakal membiarkan hati terus menunggu dia yang tidak mencintaiku..
Lalu  kukucup tangannya lalu aku berlalu pergi....moga dia mengerti...itu yang terakhir..........
 Kini hidupku tanpa dia lagi..... sejauh mana  hati  ini luka berdarah.. aku belum mahu bercerita dan kalaupun aku menceritakannnya kepada kawan,belum tentu mereka dapat melihat hati yang terhiris ini,belum tentu dia tahu mentafsir keputusan yang aku buat..........
aku  marah...marah pada diri sendiri dan keadaan yang yang tidak pernah berubah..marah pada masa dan kesempatan yang sudah tiada..kerana terlalu mahu membaca dan melihat hati orang membuatkan aku tidak yakin dengan kehidupan yang akan aku lalui....
aku mengunci diri di dalam bilik ....dan aku mahu selamanya begitu....terus mengunci diri sehingga jiwa yang luka parah ini benar-benar pulih....kerana aku tidak berdaya lagi untuk meneruskan hari esok dan lusa dengan semangat yang separuhnya sudah tiada....deritanya rasa....tapi aku tidaklah mahu berpatah balik dengan keputusan yang telah  dibuatt sekian lama..aku pandang kosong ruang ruang luas di hadapanku...wajah dan senyumannya ada dimana-mana sahaja...aku tahu yang aku kian parah..aku tahu yang aku sebenarnya tidak berdaya.tapi aku kuatkan semangat..kali ini tidak untuk orang lain..melainkan untuk aku juga..
Aku mencapai telefon bimbitku,.. aku telah menukar no telefon ini...nak guna nombor lama pun aku dah tak mampu......” aku berbisik dalam hati
Nombor dulu banyak kenangan kerana itulah aku tidak mahu menggunakannya lagi...parah sudah aku kali ini.....ade mesej yang sejak bila aku tidak buka...aku tidak peduli lagi dengan semua itu..aku hanya inginkan ketenangan.....
Aku solat hajat bermohon ketenangan dari Dia...aku tahu minggu yang perit sudah berlalu....aku tahu yang aku dapat tidur lena  untuk tempoh yang lama kerana keputusan yang telah aku buat...lama aku mengadu nasib kepada Dia.aku pohon semua yang baik untuk kehidupan yang akan datang
“Ya Allah Ya Tuhanku
Berilah aku ketenangan
Kurniakanlah aku kesabaran
Lindungilah aku dari sebarang kemungkaran
Aku mohon kehadratmu Ya Ilahi seandaianya
Benar tiada jodoh aku dengan dia..jauhkahlah dia dari hatiku- amin”
 Aku berhentikan doaku setakat itu sahaja.....kerana yang selebihnya aku hnya menangis..kalaulah aku tahu begini sakitnya perpisahan....sudah lama aku menyediakan pilihan lain selain dia..sesungguhnya hati sakit dengan apa yang terjadi......badan jadi tidak berdaya untuk menanggungnya lagi dan airmta terus mengalir..
Berhentilah berbicara dan menghantar mesej kepadaku kerana aku sudah tidak sudi lagi mendengar setiap kali kau berlagu....bukan sekarang waktunya..dan kalaulah dari dulu lagi perkara sebegini kau lakukan tidaklah hati aku tegar begitu...tidaklah aku mengambil keptusan senekad itu..berhentilah mempermainkan sekeping hati yang luka parah ini jangan  kau simbah lagi garam pada luka yang tidak kelihatan lagi..
Aku membiarkan semua mesejnya sepi..tidak upaya untuk aku membalas walau satupun darinya.....tidak dapat aku jangkakan dengan akal yang tidak mampu berfikir banyak saat ini.....aku lesu dan sudah tidak berdaya..berhentilah airmata..aku sudah letih menangisi semuanya..
 Sehingga kini aku sudah tidak mendengar apa-apa lagi ceritanya..sudah tiada lagi perbalahan 2 hati...bila aku rindu.....aku sedar rupa-rupanya ade waktu dulu bersama dia yang melahirkan rasa bahagia yang bersisa..
 
dan untuk dia-“ belajarlah untuk hidup  TANPA saya”......

No comments:

Post a Comment