Saturday, July 30, 2011

Ramadhan Baru Bermula . TAPI . . . . .



1
Penyimpan mohor raja-raja baru jer buat penguguman esok puasa , ada la kakak-kakak , makcik-makcik kita ni yang dah mula nak order kuih itu kuih ini . Kalau boleh nak lagi meriah meja berbanding tahun tahun lepas.kalau tahun lepas 18 jenis. tahun ni nak 88 jenis ! HAHA

2
Budak-Budak pulak bukannye nak ikut buat tarawih , memeriahkan masjid dan surau . Tapi sebuk bakar mercun dan bunga api  . Kemungkinan jugak puasa belum start da ada yang hilang sebatang dua jari!

3
Kaum bapak,Abang-abang pulak da mula mencongak-congak nak tukar kereta baru untuk balik beraya kat kampung nanti. Tah thaulah kot memang banyak duit tak tahu nak buat apa. Tapi yang sengkek cukup-cukup makan pun biasanya macam tu jugak. Cuba la try test tahun ni balik beraya naik bas ataupun keretapi. Tambah-tambah harga tiket tengah melambung sekarang ni!

4
Awek-awek pulak mula fikir nak shopping kat mana dan bila . Baju yang dah tempah berpasang-pasang nak tambah lagi yang ready made  . Setahun Sekali ,  apa salahnya , kan ? Memang tak salah la . Tapi ada jugak masalahnya kadang tu puasa tahun lepas sampai lupa siapa nak ganti apa hal ?!

5
Tapi , Kebiasaanya  semua akan berkerut dahi kira bajet nak beraya . Bila fikirkan semua tu , mungkin ada jer yang sanggup bergadai apa barang yang laku . Atau berhutang sana sini demi nak memeriahkan suasana sedangkan puasa baru nak mula....



P/S : haihhh , macam macam orang , macam macam ragam kan?takpe..Enjoy jela...Setahun Sekali..kan ? :D

1 comment: