Saturday, July 30, 2011

Ramadhan Baru Bermula . TAPI . . . . .



1
Penyimpan mohor raja-raja baru jer buat penguguman esok puasa , ada la kakak-kakak , makcik-makcik kita ni yang dah mula nak order kuih itu kuih ini . Kalau boleh nak lagi meriah meja berbanding tahun tahun lepas.kalau tahun lepas 18 jenis. tahun ni nak 88 jenis ! HAHA

2
Budak-Budak pulak bukannye nak ikut buat tarawih , memeriahkan masjid dan surau . Tapi sebuk bakar mercun dan bunga api  . Kemungkinan jugak puasa belum start da ada yang hilang sebatang dua jari!

3
Kaum bapak,Abang-abang pulak da mula mencongak-congak nak tukar kereta baru untuk balik beraya kat kampung nanti. Tah thaulah kot memang banyak duit tak tahu nak buat apa. Tapi yang sengkek cukup-cukup makan pun biasanya macam tu jugak. Cuba la try test tahun ni balik beraya naik bas ataupun keretapi. Tambah-tambah harga tiket tengah melambung sekarang ni!

4
Awek-awek pulak mula fikir nak shopping kat mana dan bila . Baju yang dah tempah berpasang-pasang nak tambah lagi yang ready made  . Setahun Sekali ,  apa salahnya , kan ? Memang tak salah la . Tapi ada jugak masalahnya kadang tu puasa tahun lepas sampai lupa siapa nak ganti apa hal ?!

5
Tapi , Kebiasaanya  semua akan berkerut dahi kira bajet nak beraya . Bila fikirkan semua tu , mungkin ada jer yang sanggup bergadai apa barang yang laku . Atau berhutang sana sini demi nak memeriahkan suasana sedangkan puasa baru nak mula....



P/S : haihhh , macam macam orang , macam macam ragam kan?takpe..Enjoy jela...Setahun Sekali..kan ? :D

Thursday, July 28, 2011

Alasan Hampeh Kantoi Puasa .



ORANG TUA TUA SELALU KATA , HENDAK SERIBU DAYA , TAK HENDAK SERIBU DALIH ! DALIH ATAU ALASAN MEMANG BOLEH DICIPTAKAN , TAPI KEKADANG BILA DENGAR ALASAN ALASAN HAMPEH SESEORANG KENAPA DIA MENGKANTOIKAN PUASANYA, RASA NAK FLYING KICK JER LAJU LAJU !


[ GASTRIK ]
- Mungkin ini antara alasan popular dan evergreen sekaligus retro! tetapi sesungguhnya macam dah tak relevan digunakan sekarang ni . Sebab bila tak puasa dengan alasan GASTRIK , orang akan senyum dan berkata dalam hati ' Trick jer lebih ni ! '


[ UZUR ]
-  Yang ni plak memang kita tak boleh nafikan , sebab ia memang  dah menjadi ' rutin ' kaum lemah lembut yang sihat walafiat zahir batin . Masalahnya ,  ada pulak kaum ni yang sengaja menguzurkan diri sebab malas nak puasa... GILER KE HAPA ! kalau memanjang uzur ? Dan kalau ada jantan jantan yang gatal bagi alasan uzur ni , elok jer diterajang sampai masuk longkang!




[ TAK BERSAHUR ]
-  Antara alasan kegemaran dan popular gak nih . Kira ada ' link ' dengan gastrik  sebab seseorang akan kata  'aku tak bersahur pagi tadi , aku tak boleh lapar nanti gastrik aku menjadi jadi '. Masalahnye jugak , dikejut 18 kali pun tak bangun bangun apa hal ? Atau mungkin sengaja tak nak bangun sebab memang niat tak nak puasa .



[ PENGARUH KAWAN-KAWAN ]
- Yang ni sebenarnye diri sendiri tu yang bengap! Otak ada , Akal ada , Tapi yang pergi ikut kawan - kawan tak puasa tu apa hal ? Elok sangatlah perangai gitu sebab nanti kawan terjun dalam api , korang pun ikut jugak la ye . Kira ni konon - konon kawan sejati la ni..ehh siall la puii!!



[ RESTORAN MAMAK 24JAM ]
-  Mamak tu meniaga , dia nak untung dan memang akan bukak memanjang . Yang korang pergi lalu lalang depan restoran mamak tu buat hapa ! , sudahnya terbau kari power! mamak tu maunya tak berderai iman . Orang macam ni elok rebus dalam kari mamak tu!


P/S : soooo , korang jangan la ade sifat sifat macam kat atas ni yer ? aku tau korang baikk , tak kalah pada nafsu ni , papepon , prepare la untuk ramadhan nnti yer !! Sekian :)

Tuesday, July 26, 2011

Bila Ramadhan Sudah Tiba...


SESUNGGUHNYA BULAN RAMADHAN YANG MULIA MERUBAH BANYAK BENDA . TERUTAMANYA SIKAP MANUSIA . MUDAH MUDAHAN PERUBAHAN KEPADA YANG LEBIH BAIK ITU BERKEKALAN.NAMUN,MANUSIA KADANG KADANG BERSIKAP HIPOKRIT DAN GAGAL MELAWAN NAFSU......................



1
- Agak ketara apabila masjid dan surau semakin bertambah jemaahnya , terutama pada waktu solat Tarawikh.
Tetapi ketika solat fardhu yang wajib kurang plak la yang datang..Atau ramai datang dan singgah memang nak solat tetapi ada niat lain,nak tidur di masjid ckupkan rehat semasa bekerja .


2
- Yang perempuan pun mula pakai pakaian yang longgar-longar dan tutup apa yang wajib ditutupi . Baguslah, cuba ada pulak sebilangannya pakai semua tu hanya pada ketika semanjang ramadhan je....sad....



3
- Yang perokok tegar pun berjaya berhenti menyedut asap . Tapi berhenti hanya selepas waktu imsak sehingga berbuka puasa -,- . Lepas azan menandakan waktu berbuka puasa, maka mereka pun menjadi naga semula !! AHAHA



4
- Sepatutnya bulan mulia ini , kita dah tak makan pada waktu siang bolehlah save duit makan tu. Tapi  masalahnye yang berlaku menjadi terlebih lebih bajet pulak sebab tak mampu kawal perasaan ketika berada di bazar ramadhan . Segala jenis makanan nak dibeli dan akibatnya . bajet lari berganda ganda!


5
- Paling bagus bila anak anak kecik dilatih untuk berpuasa setakat mana yang diorang larat. Tapi ... yang agak kurang bagus bila budak budak ni berpuasa sebab nak upa dari mak ayah diorang... Takde upah nanti diorang tak mau puasa pulak!



P/S : Berpuasa la ikut perintah Allah , Semoga Amal Kita Diterima .

sekian :)





Pengertian PUASA :]

APA MAKNA PUASA ? KORANG TAU KE TAK NI ? MUNGKIN LAIN ORANG  BERMAKNA LAIN PENGERTIANNYA . BERBEZA MENGIKUT TAHAP PEMIKIRAN MASING MASING . AKU ADA SEDIKIT SEBANYAK DAN HASILNYA SEPERTI YANG AKU TUNJUKKAN INI ...


BEBUDAK
- tak boleh makan minum waktu siang , takut nnti mak ayah marah. .kalau puasa penuh . dapat duit raya bnyk..kalau tak...tak dapat duit raya..wuarghhh :(

LELAKI 
- terpaksa berhenti merokok waktu siang . tak boleh tengok awek seksi meksi selama sebulan.HAHA!

WANITA
-kena STOP mengumpat selama sebulan :P . time kerja tak boleh mengunyah kuaci atau biskut yang selalunya disimpan didalam laci meja....hahahahaha

BOS
- Tak boleh maki hamun pekerja . kena selalu senyum walaupun terpaksa dan walaupun staf tak buat kerja dan asyik hilang je..hahahahah !!



SO , KORANG DAH TAHU KAN KORANG KAT TAHAP MANA ? HAHAHAHA
JANGAN PONTENG PUASA TAU TAHUN NI ! 

P/S : SORRY TERLALU CEPAT BUAT ENTRI PASAL PUASA NI HAHAHA .
TAK SABAR SABAR DOHHH ;P



Sunday, July 17, 2011

Disembelih Kerana Berzina Di Khalayak Ramai!!




Kota Bharu, Kelantan, 12 Julai 2011. Akibat berzina di depan orang ramai, ia disembelih sehingga lehernya hampir putus.


















Tahniah kerana anda terkena.. Saje je buat lawak beb.. Untuk hilangkan stress.. Jangan marah yer.. Hoho..

Alasan Wanita Minta Putus Tiba-Tiba


Assalamualaikum , Minta Maaf entry ni ada dalam bahasa indonesia , tapi mungkin korang faham kot :D ape ape pon , enjoy la dengan entry ni :]







"AKU tidak mencintaimu lagi", kalimat paling Anda benci itu keluar dari bibir kekasih. Padahal rasanya tak ada hal buruk yang menganggu hari-hari penuh cinta Anda berdua.

Mendengar berita bak petir di siang bolong itu tidak seharusnya membuat Anda berteriak-teriak dan adu argumen. Tak perlu juga saling menyalahkan. Telusuri penyebab keputusannya secara sepihak dan tiba-tiba. Memang membingungkan dan menyesakkan, di saat hati masih hancur, akal sehat harus tetap digunakan. Tapi, bukan tak mungkin jika Anda temukan penyebabnya, Anda bisa memintanya untuk menganulir kata putusnya. Berikut, beberapa alasan wanita tak lagi mencintai Anda, seperti dibocorkan Askmen.

Tak lagi cinta karena bosan

Salah satu alasan utama mengapa wanita tak lagi cinta adalah rasa bosan. Bila Anda berada dalam hubungan jangka panjang, segala rutinitas terasa nyaman, tapi tidak menyenangkan.

Untuk mengatasi kebosanan dalam hubungan, sesekali tambahkan sesuatu yang bersifat spontan dan kejutan. Misalnya, saat Anda berdua berencana kencan makan malam, bawa ia untuk menikmati makan malam di atap gedung bertingkat sambil menikmati cahaya malam.

Tak lagi cinta karena Anda mengabaikannya

Anda mengira telah berupaya membuat kekasih hati merasa dihargai dan dicintai, tapi sayang, dia merasakannya secara berbeda. Sebagai lawan jenis—yang lebih banyak menggunakan logika—, cara pikirnya mungkin tak Anda pahami. Anda bisa mencoba mencari tahu apa yang diinginkan wanita lewat rekan kerja atau teman wanita. Lakukan apa yang menurut Anda membuatnya bahagia, tapi tak perlu menjadi budak cintanya.

Tak lagi cinta karena pria lain

Terkadang sulit untuk menentukan dengan tepat apa yang membuat seorang wanita mencintai kekasihnya. Banyak pengalaman mengatakan, wanita bahagia dalam hubungannya, tidak akan mencari cinta pria lain.

Tapi, cinta terjadi di tempat dan waktu yang paling tak terduga; mungkin berselingkuh dengan rekan kerja atau teman lamanya. Tidak pernah menjadi perkara mudah untuk ngobrol dengan logika saat kekasih jatuh cinta dengan pria lain dan menemukan solusi yang tidak menyakiti perasaan masing-masing.

Jika dia benar-benar mencintai kekasih barunya, ada baiknya Anda membiarkannya pergi. Namun, jika Anda merasa masih ada cukup cinta Anda berdua, cobalah mengusahakan berbagai cara untuk menjaga cinta. Ciptakan hubungan lebih terbuka agar Anda saling memahami keinginan dan perasaan masing-masing.

Tak lagi cinta karena Anda semakin jauh

Kita berubah seiring berjalannya waktu. Adalah masuk akal bila kekasih tak lagi cinta karena merasa kebutuhan, prioritas, dan tujuan hidupnya berbeda dengan apa yang Anda yakini.

Atau mungkin Anda sendiri yang berubah. Apakah Anda kehilangan motivasi dan merasa puas dengan hasil yang telah didapat? Apakah Anda menjadi pribadi yang temperamental? Ciri-ciri kepribadian negatif seperti ini—yang tumbuh dari waktu ke waktu—dapat mengubah perasaan kekasih hati.

Jika ternyata dia telah berubah dan Anda tidak merasa cocok lagi dengannya, Anda mungkin ingin mempertimbangkan putus cinta darinya. Anda tentu tidak ingin hidup bersama orang yang tidak ingin hidup bersama Anda.

Thursday, July 14, 2011

Cerita Cintaku ♥ [ Part I ]

Harini , saya tetibe fikir pasal awak , saya tak boleh nak tidur lena mcm saya tidur selalu ,
saye asyik teringat kenangan bila dengan awak , suara awak , txt awak ... rindu sangat ,
awak ingat lagi tak macam mane sweetnye time saye tackle awak dulu ? huhu okey awak , saye cerita ...


* perempuan tu awak, lelaki tu saya . hihihi
( 1 )
Saya tak pasti tarikh dan hari waktu tu , tapi apa yang saya ingat , ia berlaku di pertengahan bulan jun .
saya tertarik dengan awak , sikap peramah awak , nak kate awak lawa , tak la selawa 
Maddi Jane mahupun Taylor Swift , bila awak LIKE status atau post saya , TUHAN je tahu betape happynyer saye awak 
terlompat lompat saya bila awak balas Poke atau IM saya . saya rasa , saya ada peluang nak ngorat awak ,
tapi saya tak tahu macam mana nak mulakan , saya pendam dulu lama lama , saya usha awak slow slow.
memang tak boleh sehari tu kalau saya tak tengok profile FB awak . hihihi , angau giler saya kat awak time tu awak .....

(2)
Beberapa hari kemudian , saya dah tak boleh nak tahan , saya takut kalau saya lambat cakap yang saya
nak awak jadi GF saya , saya akan kehilangan awak , saya takut lelaki lain pulak yang ngorat awak .
so orang pertama yang saya mintak tolong ialah kak balqis , dia selalu komen-komen dengan awak waktu tu kan? huhu , saye tengok awak rapat dia , awak panggil dia nekk , dia panggil awak cu..muahaha , macam-macam lagi lah , bukan ape , saye nak nombor talifon awak , tapi saye malu nak mintak kat awak . 
sebab tu saya mintak tolong kak balqis untuk dapatkan nombor talifon awak . saya call kak balqis .
saya bagi tahu dia yang saya ada minat kat sorang perempuan ni .. dan perempuan tu awak ... kak balqis gelak-gelak kan saye...dia cakap...ingt senang ke nak ngorat dia....saya balas la balik....kalau adik nak...adik akan usaha dapatkan dia....dengan walau apa cara sekalipun ;)

(3)
Esoknya kak balqis ada anta msg , dia cakap ' dek , orang yang kau minat tu suruh mintak sendiri '
aduhhhh , saya mengeluh time tu awak , saya malu gilegile la nak mintka nombor kat awak , tapi takpelah .
saye rase saya akan mintak sendiri kat awak , saya tengah fikir ayat ape laa yang boleh buat sampai awak bagi nombor talifon awak kat saye ....

(4)
Saya tunggu awak online , saya tengok profile awak hari hari tau tak sebab ape ? sebab saya nak pastikan
yang awak online ke tidak , saye taknak la bila saya post inbox kat awak , time tu awak offline ,
kan tak romantik mcm tu . HAHA , saya tahu perempuan suke lelaki romantik kan kan . takpe , saya tunggu awak online , beberapa jam kemudian , saya perasan awak ada update status . hati saya tetibe berdebar
kencang tak boleh nak bayangkan , kelajuannya tahap 2kaliganda kelajuan  kilat. hahahaha tak la. saya tipu je
hihihi :D . saya gabra la jugak sikit , saya anta kat inbox awak ,
 ' awak , saya nak nombor talifon boleh tak ? '
agak lambat jugak la awak balas . tapi saya tunggu tunggu dan  tunggu , awak balas! 
awak cakap
' nak watpe ? hahahahahahha ' ( time tu awak suka gelak "hahahaha" bila inbox ngn saya ) .
saya balas la ' erm , kalau saya bosan , saya boleh txt awak....' tak sampai 5minit awak reply ... dlam hati saya ckap..." fuhh,ada respon ada respon,dia dah mula balas inbox cepat..hihihihi ".... awak balas ' nah .. 019xxxxxxx ' bile saya dapat...errrr! CELCOM ...adoiiiii , saya pakai MAXIS . awak plak pakai celcom -.- 

(5)
Bila dapat tahu awak pakai celcom. saya fikir dua tiga kali jugak . mcm mana nak ngorat dia ni , dia pakai celcom..mahal sehh....tapi hati kata takpa la...nak seribu daya...taknak seribu dalih...kan? hiihi ,  setiap hari kita txt , kalau tak txt kat phone...kita inbox kt FB ... ingat lagi tak awak ?? sweetkan....hihihi


########################################
*Taknak bagi tahu korang mcm mane aku ngorat dia..
.nnti korang pakai ayat aku!hahahahha gurau :P


(6)
Lepas kita dah sms sms , inbox inbox...Tanggal 10.6.2011 . awak pon bersetuju nak jadi GF saya....
wahhhh .. happynyer saye
time tu awak ... saya janji awak lah pertama dan terakhirnye awak..... 
awak sayang saya...awak cintakan saya..
time tu saya rasa saya la orang paling bahagia kat dunia ni awak , saya ada awak yang sayangkan saya sepenuh hati saya....saya ada awak yang selalu ambil berat pasal saya....

Antara msg yang pernah awak bagi saya , dan saya terus save ~

*Yer Acai Rainbow ,
saya taknak kehilangan awak ,
saya akan jaga awak sampai bila bila...

*Biar rindu tak jemu
biar kasih tak sedih
biar cinta asalkan tak tersiksa
biar sayang asalkan tak hilang
biar jauh , janji sayang tuk awak tak pernah hilang :-*


Okey Guyssss , tamat untuk part I ni ... korang tunggu la nnti bila bila aku ada masa lagi aku update untuk 
part II ... hehe..terima kasih sudi membaca ;)



Wednesday, July 13, 2011

Kenal,Sayang,Cinta,ZINA,Gugur,MATI .

Assalamualaikum , sebelum saye post untuk entry ni , saye nak bagi tahu dlu ,
saye amek kisah dan tauladan ni dari NOTES facebook seseorang , dan tak salah kalau kite share , kalau sape2 nak copy tu , boleh aje . share kat kawan kawan , semoga kita ambil iktibar daripada cerita ini , 









1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…



2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…



3. Ingat tau,,jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..



4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk,,tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot,,wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..



5. Wak,,selain family,,Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?



6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm member2 sy. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..



7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau,,mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..



8. Yang bi nak syg tau,,sayanglah segalanya utk bi,,syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!



9. Syg..da lama kite msg,,leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..



10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..



11. Hi syg,,watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..



12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..



13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh,,trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..



14. Thanks jumpa td,,syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh,,td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..



15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…



16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..



17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji,,abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...



18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .



19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?



SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...



**************************************************




20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung,,check balik k..



21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg,,utk kebaikan kita berdua,,lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..



22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!



23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..



24. sori syg,,abg xbleh temankan syg ke klinik tu,,abg malu klu terserempak dgn family or member,,malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..



25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!



26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...



27.(terputus hubungan)



- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..



- si lelaki mencari mangsa baru..



- dan kejadian terus berulang..



ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA INI...so hati2 wahai WANITA...



reminder to you and me.


Tuesday, July 12, 2011

Sameke ? ;)

Macam Tak Percaya , Ada Orang Kata Suara Sama Dengan GIO :O
>.<








Monday, July 11, 2011

Di Sebalik WANITA

KONPIUS DENGAN PERWATAKAN DIRI DAN SERING KALI BINGUNG DENGAN JANTINA SENDIRI? TAK PERLU RISAU . JIKA KORANG NAK TAHU JANTINA DIRI ATAU PASANGAN KORANG ITU BENAR BENAR WANITA , CUBA BACA TENTANG DI SEBALIK INSAN BERJANTINAKAN WANITA INI ;D


*Gambar Tiada Kena Mengena*

* Salah satu kebolehan dan kelebihan wannita ini ialah dapat mengandung .
Bila saja mengandung maka segala galanya berubah termasuklah
keadaan fizikal dan layan suami terhadapnya

*Antara kehebatan wanita ini ialah air mata . Air mata yang mengalir adakala
tanpa dipaksa boleh meuluhkan hati pasangannya sama ada simpati atau sakit hati

tapi pastikan tiada unsur ketidaktulenanya sesama diorang

*Boleh memakai t-shirt dan berseluar yakni pakaian yang boleh dipakai oleh lelaki
tanpa sebarang syak oleh masyarakat. Akan tetapi bila lelaki cuba cuba nak berbaju kurung -.-
pasti akan dipandang serong oleh penduduk.HAHA

*Terlalu obses dengan berat badandan jerawat di muka walaupon hanya sebijik !
habis akan diceritakan kat sanak saudara semasa sesi minum petang, eh ? :D

*Adanya hari hari khas dimana kaum lelaki harus berwaspada kerana jika tersilap tegur
makan akan habis dibebel oleh diorang

SO MACAM MANA ? AMAZING BUKAN INSAN YANG BERGELAR PEREMPUAN NI ? 
HIHIHI , HARAP KORANG ENJOY DENGAN ENTRI NI . SEKIAN  




Saturday, July 9, 2011

Langkah Langkah Mengurangkan KEMALANGAN Di Jalan Raya

SETIAP KALI BERADA DI JALAN RAYA PASTI AKAN TERDEDAH KEPADA BAHAYA .
UNTUK ITU IKUT SAJA LANGKAH LANGKAH DIBAWAH .

* Pasang seberapa banyak iklan gambar gambar kemalangan ngeri menggantikan
   papan papan iklan yang tak patut berada di jalan raya

* Perbanyakkan lagi denda denda yang ekstrem kepada pesalah lalu lintas seperti
 -melarang mereka menaiki kenderaan selama setahun atau buat kelas di tepi highway selama yang boleh!

* Berikan penghargaan bonus kad kepada mereka yang tak pernah melakukan kesalahan lalu lintas

* Sebelum memulakan perjalanan tak kira jauh atau dekat , pastikan semua pemandu menghadiri
  kelas etika pemanduan berhemat

* Cetakkan baju , name tag dan akhbar khas untuk pesalah-pesalah jalan raya
   dan wujudkan juga program realiti untuk membererikan kesedaran kepada mereka

* Buat bonggol atau bumper setiap 100 meter ! Wakakaka

* Memperbanyakkan lagi lampu isyarat 


* Buat jalan raya seperti trek roller coaster untuk mengelakkan pemandu mengantuk :D

* Letakkan gerai gerai jualan di bahu jalan yang mana peniaganya terdiri daripada anggota polis dan jpj


Dan Akhir Sekali ...

* Kurangkan cuti atau jangan bagi cuti lansung ! hahaha , jika tidak bercuti ,
  maka mereka tidak akan kemana mana...


HAHAHAHA , amacam ? kalau korang rase  tips aku ni berguna , jom ramai ramai kumpul
berhimpun suh dia activekan tips aku ni. hahahahahha
hope korang enjoy dengan entry ni ;D


Tanda Tanda Korang Terlebih Tonton SINETRON



La Nih Bukan Main Bersepah Drama Drama Indon Kat Tv Malaysia
Pagi , Tengah Hari , Petang , Senja , Malam .... Berderet Deret Citenye Macam Cite


*Sejuta Cinta Marshanda
*Amanah Dalam Cinta

Dan Lain Lain ~

Soooo , Tanda Tanda Korang Terlebih Tonton Adalah Seperti Berikut 

* Korang buat aksi terkejut dengan mimik muka SUPER DUPER over yakni
mulut ternganga luas dan bijik mata dibeliakkan sampai nak terkeluar 

* Berupaya berbahasa indonesia dengan fasih dan dalam masa yang sama
lupa berbahasa malaysia pulakk...adedehhh ~

* Laki balik mengamuk tak INGAT sampai nak bakar TV pasal
korang masih belum masak dek terlalu leka nonton SINETRON .

*Memanggil laki dengan panggilan "mas" sampaikan orang tua tu
terteleng teleng kepala mencari sapa orangya yang korang panggil tuh .

* Kalau dulu berlaku trend memberi nama anak semperna nama nama
artis tempatan cam zena zain, era fazira , nora danish dan sebagainya .
maka kali nih nama anak korang menjadi nama plakon dalam drama sinetron pulak menjadi pilihan.

__________________________________________________________________________________

ada baik ada buruknya kalau nak tengok cerita sinetron kat tv 3 ni.
tapi jangan la sampai ade tabiat macam kat atas ni >.<
emosional sangat bile tengok si poan kene pukul dengan si polan .
si polan mati terkena sumpahan la. hahaha...korang kene ingat. tu semua cerita ! hahahaha
Sekian . Peace Yo ;)



Di Sebalik Surat


Pernah Dapat Surat ? Pernah Baca Surat ? Pernah Bagi Surat ? 
Pernah Ambik Tahu Perkara Di Sebalik Sepucuk Surat ?
 Pernah Tahu Perkara Yang Ada Disebalik Surat?
Sila Baca SURAT , Eh. Sila Baca Entri Ni :P

* Posmen selalu dilihat menghartar surat ke rumah akan tetapi ,
beliau pernah terlihat surat menghantar posmen ke rumah bilamana 
posmen menghadapi masalah di jalan raya .

*Walaupun di setiap surat adanya setem yang mempunyai harga tertentu ,
korang sesekali tidak dibenarkan mengantikan gula gula dengan setem walaupon harganya sama !

*Surat yang paling ditunggu tunggu adalah surat dari kekasih hati 
dan surat yang paling digeruni ialah surat dari BANK yang mengatakan kereta korang akan 
ditolong tarik secara berhemah xD

*Surat Layang , burung layang layang dan bermain layang layang 
di petang hari adalah tiga perkara berlainan . Jangan sesekali menyuruh burung layang layang
menghantar surat layang sambil bermain layang layang . HAHAHa

* Melekatkan setem kepada surat khabar tidak seekali akan mengubah surat khabar
menjadi surat biasa dan bertanya khabar kepada surat khabar adalah perkara yang sia sia

* Maksud tersurat adalah bukan sejenis surat rasmi ,
mahupon bukan surat rasmi yang boleh ditampal setem .


so , dah faham kan ? hahaha.
semoga korang enjoy dengan entri SURAT ni. lalala ~



Thursday, July 7, 2011

My Future Wife ♥

Kehadapan my future wife(s)

I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.

So, wahai my future wife(s)

I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.

I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?

Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.

My future wife(s),

I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.



Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.

My future wife (s), 

You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.

Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?

I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bullshit. So, don't trust them.

Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan?


Admin : ahahaha , memang  terbaik la entri Mr.K ni .
Neway Thanks To Mr.K atas artikel ni ;)