Monday, June 20, 2011

TRICK - Kekalkan/Extend Penggunaan Topup RM10 ( Cepat !! )



Wah.. bunyik cam trick mengayat jahat je kan.. Tapi macam trick hacker jugak la kan..Aku sekadar berkongsi.. Nak buat atau tak,tu korang punye pasal..haha.. tapi kalau kena tangkap,korang jual nama aku lak,siap korang.. :D

Ramai yg cakap , guna Line lebih jimat dari Prepaid.. Betul ke ? Sebelum korang jawab soalan tu,korang kena try trick yg aku nak ajar ni dulu.. pastu pandai-pandai la korang nilai sendiri mana satu yg lebih jimat.

Selalunya,orang akan Topup kalau yg standard pun,RM10 la kan.. kalau yang RM5 tu selalunya diorang bahagikan je, RM5 untuk diri sendiri, lagi RM5 untuk bf/gf .. Eleh,ingat guwa tak tahu ke..guwa pun buat..hahaha.. Kalau nak topup RM30 pulak,kang ade pulak yg perli kate kita ni nak menunjuk kaya.So yg paling relevan adalah RM10 je la.

Tapi bagi yg heavy user macam aku ni,ada hal sket,aku kol,malas nak mesej-mesej,sure la kredit cepat habis kan ? Nak-nak lagi kalau kawan-kawan semua guna telco lain.Kat Kedah ramai guna Maxis,so aku guna laMaxis.Masalahnya kat UIA ni ramai guna Celcom,so agak parah la kan.

So kali ni meh aku ajar trick dan tips camne korang nak bagi RM10 korang tu, bleh extend atau dalam bahasa kampung aku,lambat habis.Ha.. bunyik cam best kan ?? Lepas ni sure korang bleh gayut berapa jam pun korang nak,nak SMS berapa juta pun yg korang nak,tapi RM10 tu tak akan habis punye.

p/s - Tips ni aku belajar dari sorang kawan yg keje kat System Development Department kat sebuah syarikat telco terkemuka kat negara kita.Syarikat mane,aku tak leh inform.Dia paksa aku sumpah supaya jangan hebohkan.So aku terpaksa la rahsiakan kan.. Kang korang serbu dia plak..Hehe..

Check this out dudes !!

AMARAN !! - JANGAN BUAT LEBIH DARI 3 KALI.KALAU LEBIH,TELCO KORANG AKAN DETECT DAN AKAN BATALKAN NUMBER HP KORANG.PADAN MUKA KORANG :D

NAMA TEKNIK : BALANCE SYSTEM CROSSING
TARIKH YG SESUAI : 25HB++ BAGI SETIAP BULAN
WAKTU YG SESUAI : PUKUL 3PM KE ATAS (sistem sedang diselenggara time ni, so ada loopholes )

1) Beli topup RM10 , gores dan ready dengan kod topup tu.
2) Buka Message, taip  < ** REC 10 > dan send kat 09901
3) Tunggu dia reply, nanti korang akan dapat satu kod 6 Digit.Salin,jangan tersilap salin plak.
4) Pastu korang reply dengan menaip <**REC 10>  pastu send balik kat number tadi.

5) Pastu diorang akan reply "Please insert your topup ticket number" . Ha,tunggu ape lagi.masukkan la kod topup korang tu.Pastu send kat number tu jugak.
6) Kalau berjaya, dia akan reply mesej macam ni : 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Ingat ni syarikat opah ko ??!!!! Masuk toilet pun kene bayar 20 sen.. ni plak ko nak topup 10, guna seumur hidup.. tokey balak pun bankrap kalau semua nak free macam ni.. banyak cantik muka ko !!






Ha.. tu la pasal.. terkejut gak aku dapat mesej macam tu.. ni kira ok lagi.. kadang-kadang tu aku dapat mesej kasar lagi daripada ni.. tu pun lepas aku try 3-4 kali la.. siap mencarut2 bagai lagi..hehe..


Peace yo ! :D

NAK SHARE BLEH,TAPI BACKLINK BALIK KAT BLOG AKU :D
Sumber : Click Sini


4 comments: