Thursday, June 9, 2011

'Tak sempat agih air zam-zam'

Assalamualaikum sume ,

mangsa dibawah ini adalah jiran rapat aku , aku tak dapat nak story panjang ,
coz tade idea nak coret , tapi kemalangan ni ade masok kat paper . 
korang layan jela ehh :) 



ANGGOTA Penyelamat  Bomba Segamat mengeluarkan mangsa terbabit dengan kemalangan maut di KM60 Jalan Muar, Segamat, semalam.
ANGGOTA Penyelamat Bomba Segamat mengeluarkan mangsa terbabit dengan kemalangan maut di KM60 Jalan Muar, Segamat, semalam.



Pasangan suami isteri maut kereta terbabas jatuh gaung

SEGAMAT: Hasrat sepasang suami isteri yang baru pulang mengerjakan umrah kelmarin(sabtu), untuk mengagihkan air zam-zam dibawa dari Makkah sebagai oleh-oleh kepada keluarga di kampung tidak kesampaian apabila mereka maut dalam kemalangan di sini, petang semalam.

Dalam kejadian di Kilometer 60, Jalan Muar-Segamat dekat Kampung Batu 10, kira-kira jam 3.30 petang itu, kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mazlan Dollah, 52, dan isterinya Hasnah Ahmad, 48, mati di tempat kejadian.
Kenderaan pacuan empat roda, Mitsubishi Triton, yang dipandu Mazlan hilang kawalan sebelum terbabas dan menjunam serta terbalik dalam gaung sedalam kira-kira 10 meter.
Tiga anak pasangan itu – Nor Faizah, 24; Nor Amirah, 14; dan Mohd Arif, 12; serta menantu mereka, Shahrul Aidil, 24; serta anak saudara, Nor Shila, tiga tahun, cedera dan dikejarkan untuk rawatan kecemasan di Hospital Segamat.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan M Anuar Ismail, berkata kemalangan berlaku apabila kenderaan dinaiki keluarga terbabit hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam gaung bersebelahan jalan.

“Difahamkan, ketika itu, keluarga terbabit dalam perjalanan ke rumah keluarga di FELDA Sri Ledang dekat sini.

“Sepasukan anggota polis dan tiga jentera Bomba dan Penyelamat Segamat dikejarkan ke lokasi kejadian dan mengambil masa sejam untuk mengeluarkan mangsa tersepit dalam kenderaan yang tercampak ke dasar gaung terbabit,” katanya.
Beliau berkata, punca sebenar kemalangan itu sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, sementara mayat mangsa dihantar ke Hospital Segamat untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada waris mereka.

Anak mangsa, Mohd Arif berkata, sejurus kemalangan berlaku, dia yang terselamat merangkak memanjat gaung terbabit sebelum dibantu seorang penunggang motosikal yang berhenti di situ untuk mendapatkan bantuan.

“Kami tinggal di Sepang, pagi tadi saya ikut ibu dan ayah yang baru balik dari umrah semalam (kelmarin), untuk menyampaikan oleh-oleh kepada saudara di Serting,” katanya


 P/s : Sedekahkan Alfatihah Kepada Mangsa :) 
Terima Kasih Pembaca \(^_^)/


4 comments: