Friday, June 10, 2011

Kenapa Kanak-Kanak Tidak Patut Jadi Penyanyi

Kenal Justin Bieber? Mestilah kamu kenal kan? Pop star yang kononnya digelar "The next Michael Jackson" sebab handal menari.

Pppfffttt..... Michael Jackson bukan setakat pandai menari, tetapi lagu-lagunya yang mempunyai sifat kemanusian yang tinggi yang berjaya mengangkat beliau menjadi salah satu artis hebat di dunia ini.



Justin Bieber mula merakamkan album pada tahun 2009 apabila bakatnya (berbakat sangatkan beliau?) apabila Usher melihat videonya di Youtube. Semasa Bieber merakam dan me-release-kan album pertamanya, beliau masih belasan tahun. Umur 15 tahun untuk lebih tepat.

Tapi bila Ludacris sanggup menurunkan darjat dan rapping untuk lagu Justin Bieber, ini memang betul-betul mengejutkan aku. Apa? Usher pun ada berduet dengan Bieber? Usher tu lagi low standard. Menyanyi lagu pop dance tapi mengaku penyanyi R&B dan Soul.

Dengan lagu pop yang super lame, Justin Bieber berjaya mengaburi anak gadis pra-matang menjadi peminat fanataiknya. Tak kurang juga dengan perempuan dewasa yang turut mengilai beliau dan dengan tak semena-mena menambahkan jumlah pedophile dari kalangan perempuan dalam sekelip mata.

Dalam sekelip mata, semua gadis terus mengangap Justin Bieber sebagai artis paling hebat dalam dunia. Lagunya, Baby, yang bosan ya amat terus menjadi kegilaan anak gadis. Yang paling buat aku facepalm bila ada juga budak-budak lelaki yang minat Justin Bieber. Ramai pulak tu! Damn!

Kemudian, kononnya datanglah pencabar kepada Justin Bieber. Memperkenalkan, Cody Simpson:




Cody Simpson berasal dari Australia. Aku tak tahu macam mana budak ini boleh jadi penyanyi. Kali ini, Flo Rida pula merendahkan darjat untuk rapping dalam lagu Cody Simpson.

Bagi aku, lagu ini lagi sama lahanat dengan lagu Baby. Dengan lirik "Iyiyi.. Iyiyi.. Iyiyi"berulang kali, lagu ini memang boleh bikin aku rasa nak tendang TV masa first time aku tengok video muzik lagu ini di MTV.

Yang paling tak boleh blah apabila ada seorang budak lelaki berumur 16 tahun tulis pada status Facebook-nya:

"Ini dia, Cody Simpson. Pencabar baru Justin Bieber. Tapi aku rasa lagu dia lebih berkualiti dari Justin Bieber. Dan suaranya juga lebih 'lelaki' dari Justin Bieber"

What? Pppppffftttt....

First of all, "Dan suaranya juga lebih 'lelaki' dari Justin Bieber"? Aku nak saja tanya budak ni, "Kau dah berapa tahun tak korek telinga?". Suara Bieber sama Simpson ni dua-dua macam suara perempuan baru first time datang haid, boleh dia kata suara lebih lelaki?

Apa aku buat lepas itu? Aku terus delete budak tersebut dari senarai friend list aku. Bukan setakat dia saja, semua budak-budak bawah umur aku delete. I don't have time to deal with all this mindless fucking status from underage kids. Cuma sepupu aku saja yang aku tak delete. Dan semenjak itu, aku tak lagi approve budak-budak bawah umur yang add aku.

Dah habis lelaki, perempuan pulak. Giliran anak Will Smith, Willow Smith.



Benda yang buat aku tertanya-tanya, apa jadah buat lagu tentang rambut? Lagu tentang menghayunkan rambut, melibas rambut pulak tu. Dengan lirik yang meaningless dan annoying. Tak payah aku ulas panjang tentang lagu ini. Memang lagu yang jahanam

Dan tahukan anda, ada lgu yang lebih jahanam dari ketiga-tiga lagu di atas? Memperkenalkan, fresh baked from the oven.... Rebecca Black




Seriously, aku rasa macam nak menjerit "Bodoh!" kuat-kuat lepas dengar lagu ini. Tapi nanti mengejutkan mak ayah aku pula. Lagu ini memang lebih bodoh dari 3 lagu di atas.

First, budak Rebecca Black ni memang tak berbakat. Suara dia pun sengau bunyinya. Dan lebih meneydihkan bila aku baca lirik lagu ini:

"Kickin’ in the front seat
Sittin’ in the back seat
Gotta make my mind up
Which seat can I take?"

Rebecca tak tahu nak duduk tempat duduk depan atau tempat duduk belakang di kereta kawannya. Seriously, benda ini pun boleh jadi lirik lagu?

Yesterday was Thursday, Thursday
Today i-is Friday, Friday
We-we-we so excited
We so excited
We gonna have a ball today
Tomorrow is Saturday
And Sunday comes afterwards
I don’t want this weekend to end

Rangkap yang ini lagi tak boleh aku terima akal. Cerita tentang "Semalam hari Khamis. Hari ini hari Jumaat. Esok hari Sabtu. Lepas tu hari Ahad." Damn it! Lagu apa ni? Lagu untuk kanak-kanak kindergarten menghafal hari ke?



Bagi aku, inilah akibatnya apabila membenarkan kanak-kanak menjadi penghibur untuk kita.

"Eh, Acai. Diorang ni semua dah umur belasan tahun. Apa jadah kanak-kanak pulak?"

Bagi aku, manusia yang berumur bawah 18 tahun adalah kanak-kanak. Kenapa? Kerana mereka belum cukup matang untuk menilai. Kalau nak tanda tangan kontrak pun kena ada mak ayah sebagai saksi. Tak boleh tanda tangan seorang diri.

Kalau nak buat akaun bank pun, kena ada mak atau ayah. Mak ayah kena datang sekolah untuk ambil penyata. Tak boleh ambil lesen kereta. Tak boleh minum arak. Tak boleh kahwin (kecuali dengan perintah mahkamah). Jadi, budak bawah 18 tahun adalah kanak-kanak.

Mereka tak tahu apa-apa. Mereka dilamar oleh producer, nyanyi lagu yang disediakan, dan terus album berada dipasaran. Mereka sendiri tak pasti, "Ini ke jenis lagu yang aku nak nyanyikan sebenarnya?" "Macam mana jenis artis yang aku nak jadi?".

Contohnya Rebecca Black. Rebecca adalah artis hasil dari Ark Music Factory, Los Angles. Ark Music Factory memberikan peluang kepada remaja 13-17 tahun yang kononnya mereka rasa mereka berbakat untuk menjadi artis.

Bagaimana? Mereka akan cipta lagu dengan lirik sampah (lagu 'asal boleh'), rakam di studio menggunakan Autotuned, buat video klip ala kadar dan BOOM! Kau dah boleh jadi artis.

Ark Music Factory memang banyak menghasilkan budak bawah umur untuk menjadi artis. Silalah Google dan pergi ke laman web rasmi Ark Music Factory. Di situ, lebih banyak video dan lagu standard celaka yang kamu boleh tonton dan dengari.

Jangan ingat Rebecca Black sahaja yang menerima nasib begini. Justin Bieber pun sama. Kau ingat, dia cipta lagu sendiri ke? Kencing pun tak lurus lagi budak tu. Kau ingat Justin Bieber ke yang bina imej dia sendiri. Tidak! Imej penampilan sudah ditentukan oleh syarikat rakaman. Dia juga tidak boleh memilih "jenis artis" yang dia ingat jadi.

Sama juga seperti Cody Simpson dan Willow Smith. Terpaksa menyanyi lagu Iyiyi dan lagu rambut tersebut. Mereka sebenarnya tidak dapat membuat pilihan. Mereka dibawah kawalan syarikat rakaman.

Artis kanak-kanak menjadi alat untuk syarikat rakaman kapitalis mengaut keuntungan semata-mata. Mereka tahu, jika mereka menggunakan artis kanak-kanak, mereka akan berjaya menarik perhatian ramai kanak-kanak untuk membeli CD dan tiket konsert.

Sudah semestinya kanak-kanak ini tak mampu untuk membeli benda-benda tersebut. Mereka akan memujuk mak ayah mereka masing-masing. Bila tak dapat, mereka akan menangis, merajuk atau ugut lari dari rumah. Mahu tak mahu, mak ayah kena beralah dan terpaksa juga membelikan benda-benda tersebut untuk anak-anak mereka.

Nampak? Mereka meletakkan sasaran akhir mereka bukan pada kepada kanak-kanak. Tapi sebenarnya kepada mak ayah yang tak sampai hati menolak permintaan anak mereka terpaksa beralah dan membelikan juga barang-barang tersebut untuk anak-anak mereka.

Syarikat rakaman menggunakan artis kanak-kanak untuk mendapatkan untung. Artis kanak-kanak menjadi boneka kepada syarikat rakaman. Dan para peminat yang terdiri daripada kanak-kanak adalah mangsa keadaan. Apabila populariti artis kanak-kanak menjunam, mereka akan dipinggirkan oleh syarikat rakaman.

Perkara ini sudah pun terjadi kepada Britney Spears. Dia mula menyanyi semasa umur belasan tahun. Britney adalah antara artis fenomena ketika itu (sekitar 1998-2001). Ke mana kau pergi, kau dengar lagu Britney. Kau nampak poster Britney.

Tak lama kemudian, populariti Britney merundum. Britney mula tertekan dan hilang arah. Apa yang syarikat rakamannya buat? Nothing! Britney mula hilang akal sampai berkahwin dengan Kevin Federline dan membotakkan kepalanya.

Bila popularitinya sudah meningkat balik, barulah syarikat rakaman datang balik pada Britney.

Benda yang sama terjadi pada Lindsay Lohan. Berapa kali minah ni keluar masuk pusat rehab selepas dia hilang populariti dan terus menjadikan arak dan parti sebagai tempat melepaskan tekanannya. Ingat lagi Miley Cyrus? Dulu bukan main popular. Sekarang mana dia hilang?

Inilah yang dinamakan "Chain of teen idol". Tak lama lagi, semua artis kanak-kanak di atas bakal mengalamai nasib yang sama. Mungkin tak semua bakal menerima tekanan perasaan seperti Britney tetapi mereka pasti akan kehilangan populariti yang mereka kecapi sekarang.

Justin Bieber dan rakan-rakan di atas adalah artis yang lahir kerana fenomena. Seperti yang aku pernah tulis dahulu, artis yang lahir kerana fenomena tidak akan bertahan lama. Ingat lagi Mawi? Mawi adalah artis yang lahir melalui fenomena AF. Sekarang, mana Mawi? Ada orang ambil kisah tentang dia?

Bagi aku, inilah sebab utama kenapa artis yang berumur belasan tahun tidak patut menjadi artis. Mereka menjadi bahan buat syarikat rakaman yang bersifat kapitalis untuk mengaut untung dan kebebasan mereka untuk berkarya telah disekat.

Lagu-lagu artis kanak-kanak ini juga membosankan. Dengan lirik yang 'janji boleh', mereka menjatuhkan gred dan seni muzik. Ini kenyataannya. Cuba bezakan lagu artis pop atau ballad dewasa dengan artis kanak-kanak, mana yang lebih enak di dengari?

Dan yang penting sekali, jangan terkejut kalau muculnya golongan peminat fanatik yang pelik perilakunya kerana terlampau meng-idolize-kan artis kanak-kanak kegemaran mereka. Dan kemudian, mereka mula menjadi manusia yang lemah pelik gaya tindak balasnya seperti menjerit tak tentu hala seperti begini:




Apa? Golongan ini dah wujud ke? Tak perasan pulak aku.

Bagi adik-adik yang ingin menjadi artis, pastikan anda berbakat, tulis lagu sendiri, tentukan 'jenis artis' yang adik nak jadi dan jangan sesekali memberi ruang untuk syarikat rakaman mengawal adik 100%.

Kalau tidak, akan muncullah artis dengan lagu mengarut seperti di atas dan kumpulan peminat yang fanatik yang menjerit-jerit tak tentu pasal nanti.

Sumber : Click sini

komen Admin : entry ni terbaik !


2 comments: