Thursday, June 2, 2011

Hilangnya Seorang Kawan


Assalamualaikum

" Hilangnya Seorang Kawan "

korang mesti pernah kehilangan kawan kan ? atau mungkin seorang yang korang sayang
tinggalkan korang . tanpa kita duga , seseorang tu dengan pantas meninggalkan kita ,
bukan tinggalkan kita sebab dia pergi london , jepun , amarika ., bukan ..
tapi meninggalkan kita selama lamanya....
Aku nak cerita sikit kisah aku kehilangan kawan aku yang baru sahaja berlaku harini .

8Malam ,
aku , dan 3 orang kawan lagi termasuk arwah . kiteorang plan nak p minom sama sama,
kiteorang borak2 sampai kol 9.30 , waktu tu , arwah ceria sangat . arwah banyak bercakap .
banyak bergurau . senang cerita dia la paling over time kat kedai makan tu ,
dia order teh-o ais . aku mcm biasa la . fav aku . carrot susu . hehe....
lepas tu , time arwah nak bla .. katenye ade hal .
minumam yang arwah minum tak habis ,
aku suruh arwah minum sampai habis...membazir kan ? arwah ckap
kau jela minumkan , aku dah lambat ni .
kfine , aku minom ~ dahtu , dia dapat panggilan dari siape tah .
mungkin dia nak bla sbb bdak tu call dia datang sana kot , mybe la .
lepas tu arwah senyum2 mcm happy giler je kt kiteorang...
sebelom dia start moto . dia ada ckap kt kiteorang .
perkataan ni selalu dia keluarkan dari mlot dia , dia memang seorang yang banyak mlut..
dia ckap "Sekarang Nyawa Banyak Murah Ma, Lu Orang Tak Tahu ka ? "
dia ckap ayat tu sambil ketawa2, mungkin over sangat kot..then sokay la ...


10Malam
Aku mcm biasa la , online facebook , layan kawan kawan KAKILIKE aku ,
aku chat ngn F.F aku , walltowall dengan ah ki , hye kyo , farra apple , yanyan ,
memang syok bergurau2 dlam facebook ni , huhu . buad touching2 , bahagia2 , malu2 ,
huhuu best sangat time tu ... 

2.30PAGI
Tiba tiba aku dapat satu panggilan daripada member aku [ mika ] dia ckap ade problem skit 
dia suruh aku datang kat highway km 9 KLIA , lepastu aku tinggalkan kawan2 facebook aku ,
aku siap2 nak pergi sane...sampai je kat sana aku nmpak bdak2 aku ramai kt sana...
aku fkir ade gadoh ke ape kan , lepas tu , datang ambulan plak...
bila aku dekat2 tengok , ade satu tubuh manusia terbaring tanpa kepala di atas jalan raya tu .
jantung aku ni berdegup laju . aku cuba tabahkan hati , dan mengatakan dia bukan kawan aku ,
bila mika nmpak aku , dia teros pelok aku .. dia ckap .
"Cai,Ijam Tinggalkan Kite .." sambil menangis...
aku tersentak sekejap . aku tolak mika , aku pergi pada tubuh yang terbaring atas jalan tu ..
bila aku tengok , SUBAHANALLAH ! Ijam..........................
aku tak dapat nak sentuh badan dia lagi ade polis suh aku dok jauh dari tempat tu .
aku tahan , aku tak menangis lagi . aku isap rokok ..
aku tarik nafas... tetibe perasaan marah aku sampai ..
aku tak dapat kawal kemarahan aku lagi , aku duduk jauh2 dari tempat kejadian tu .
aku nampak kepala arwah yang putus tu .... syahdu....pagi sunyi bertukar riuh .
dengan ambulan nye..dengan polis nye..dengan orang ramai nye...

CUKUPLAH. AKU TAK TAHU DAH NAK CKAP MCM MANE LAGI ,
korang dapat bayangkan tak kalau korang kt situasi aku ? 
sekejap je orang yang kita sayang pergi , sepantas kilat mcm tu je .
siape tahu kan ajal datang bilebile .. event kita jalan kaki pon ,
kalau ditakdirkan tuhan kita mati . mati la kita . lepas aku fikir2 balik ,
aku tak boleh nak salahkan sape2 . tapi aku salahkan diri sendiri . sebab aku biarkan dia pergi !

Ya Allah , Semoga Kau Merahmati Simati , Kau Ampunkanlah Segala Dosa Dosa Dia ,
Kau Ampukanlah Segala Dosa Sahabatku , Kau Ampunkanlah Segala Dosa Ibu Bapa Ku ,
Kau Ampunkanlah Segala Dosa Umat Islam Di Dunia Ini , Kau Ampunilah Kami ,
Hanya Kau Kami Berserah , Datangnya Kami Kerana kau , Dan Perginya Kami Juga Kerana Engkau .
Sesungguhnya Engkau Yang Berkuasa Lagi Maha Esa ..

*Pada Siapa2 Yang Ada Baca Entri Ni ,
Mintak Tolong Sedekahkan AL-FATIHAH Kepada Arwah Muhammad Hazim Bin Saad .
Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat .. Amin Ya Amin....





3 comments: