Thursday, June 30, 2011

Teknik Nak Mengurat Awek :]



Biasalah kalau kena usha oleh sesiapa.. yela semua dah makin dewasa.. yang lelaki akan berusaha mendekati si wanita.. dan perempuan pun ada jerk yang cuba merapatkan diri dengan lelaki yang disukai.. Kalau tak ada permulaan ni semua.. macam mana la nak start hubungan yang lebih serius kan kan.. huhuhu..

Jadinya, aku nak membongkarkan teknik seseorang nak mengurat.. entah betul entah tidak.. ni main hentam jela.. tapi selalunya yang aku perasan macam ni lah, bersumberkan daripada pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain..hehe.. apa lagi, let's check it out!!




1. Kalau tak kenal maka tak cinta, jadi sebelum nak jatuh cinta, mesti la nak kena kenal2.. permulaan tu ada macam-macam jenis.. ada yang dari mata ke mata(terjumpa/ bertembung), ada lak yang dari mata ke monitor lappy(ala cinta cyber la kununnya..) dan ada gak yang tak tersengaja kenal.. bak kata orang macam-macam gaya la nak starting perhubungan tu.. Jadi nak mengenal lebih rapat, mula la nak minta no. fon, tak kisahla samada secara direct ataupun indirect(underground), taktik-taktik camni  la dibuat supaya boleh keep in touch.. so.. dekatlah di hati hehe..

2. Bila dah dapat no. fon tu.. kalo yang minta direct mula la tanya-tanya khabar.. dah makan ke belum.. memesrakan diri la gayanya.. yang dapat underground lak.. mulalah la konon-konon tersalah call la.. tersalah send mesej la.. dah la dia call kita dulu, lepas tu boleh tanya pulak " Ni siapa ya?".. uik.. dia yang start dulu, ade pula kita yang ditanya.. tak ke pelik macam tu..? haha.. korang mesti pernah kena macam ni juga kan kan??lalala~ ;p

3. Bila hubungan makin mesra, mula-mula mesej wish morning dengan night je.. sekarang da mesej24H.. kadang-kadang sanggup tak tidur sampai 2-3 pagi.. boleh dikatakan handset ni sokmo kat tangan, nak makan pun tot tet tot tet, nak tidur pun tot tet tot tet.. senang kata nak buat segala mesti handset kat tangan la.. haa.. orang kata waktu ni la nak kenal hati satu sama lain.. dah tu bila feeling mulelah senyum sorang-sorang, ketawa sorang-sorang.. hahaha tok sah la nak ngenceng aku.. paham dah ngeh3.. senang kata, lapar pun boleh kenyang bila tengah mesej dengan dia, ngantuk pun boleh terbeliak lagi mata tu nak mesej ngan dia.. maklumlah orang tengah di ambang asmara..kah kah kah..

4. Dah lama mesej-mesej, dalam hati terdetik lak nak dengar suara si dia, merdu ke.. macho ke.. yela bak kata orang dengan suara la boleh kenal orangnya macam mana.. walaupun kadang-kadang x sama apa yang disangka, tapi suara memang memainkan peranan penting lah.. Mula lah keluar taktik baru, konon-konon call cakaplah tak sempat nak mesej2.. sedangkan nak dengar suara je... time tu la masing-masing control ayu/macho,.. suara terus berubah gaya.. yela kalo x, bila bercakap dengan kawan.. amboi bukan main garang je.. tapi dalam telefon.. aduhai lembutnya.. (bajet baikla tu.. huahua).. mana lah hati tak mula terpikat.. siang malam terbayang-bayang suara si dia.. cewah.. gila jiwang la..

5. Dah lama kenal.. dah kenal suara.. mulela cakap, " I teringin sangat nak tengok wajah u.. mestu u cantikkan".. haha.. dah teringin2 tu.. masing-masing mulalah hantar mms.. bila tengok cun lega hati..tapi kalaulah bila tengok rupa si dia x macam yang diharapkan.. mula lah menghilangkan diri.. senyap jela.. kuang3.. biasalah kalau tak pernah jumpa memanglah terkejut beruk.. ingatkan wajah secantik 'Snow White' se'handsome' Prince Charming' , tapi rupanya mengalahkan Prince/Princess Frog.. orang macam gini memang x boleh dipercayai la.. suka sebab rupa bukan sebab hati budi.. kalaulah aku yang kena gini.. orang macam ni aku bagi tendangan halilintar je kot muahaha..

6. Lepas tu.. bila apa yang diharap memang dapat.. mulalah start nak jumpa-jumpa.. date la konon-kononnya.. waktu ni memang si lelaki kena poket tebal la.. yela first time nak jumpa awek takkan la si gadis yang nak kena support lak.. hilanglah ke'gentleman' nya tu nanti. kui kui kui.. yang tak de kereta.. mulelah pinjam kereta member..  tak pun sewa.. jalan-jalan tengok wayang.. makan-makan.. biasalah tu kanangan lah katakn.. hehe

7. Bila tengok semua taktik dah semakin mencapai matlamatnya.. time ni lah mule approach pada dia.. panggilan pun dah makin mesra.. kiranya masing-masing dah tunjukkna green light la.. yala.. dah segala semua kongsi sama-sama, ada masalah bincang sama-sama, dah mula mesej-mesej nakal (konon-konon nak bermanja la hehe) haa.. apa lagi.. kalo korang rasa semua da ok.. cakap jela kat dia.. jangan nak cover2.. lagi best kalau cari port istimewa, take dinner ke apa-apa ke.. lepas tu luahkanlah perasaan.. cewahh time ni mesti senyum lebar mengalah Mc Donald.. Tapi kalau men'declare' guna handset je pun no hal lah.. kalau da suka.. apa-apa cara pun jalan je..hohoho..




Haa.. apa lagi siapa-siapa yang rasa masih single lagi ke.. try la taktik-taktik ni.. lelaki ke perempuan ke zaman sekarang ni sama je.. siapa-siapa pun boleh start dulu.. hehe.. Tapi tak semua yang diharapkan akan 'happy ending'.. semua ni kan nasib je.. Ada jodoh tak kan ke mana, yang penting sendiri pun kenalah berikhtiar.. Kalau memang si dia betul-betul nak jadikan hubungan ke arah yang lebih serius baguslah.. tapi kalau dah nampak macam dia tu nak mempermainkan hati dan perasaan baik cabut je.. yang penting dalam nak mencari pasangan, berhati-hati lah.. jadi jalan selamat, kenalah dapat restu mak bapak.. barulah berkat! 

Sumber : Click Sini


Wednesday, June 29, 2011

Kecewa ;(




Kalau kita kecewa, ingatlah ada orang lebih kecewa dari kita..
Kalau kita susah, ingatlah ada orang lagi susah dari kita..
Kalau kita derita, ingatlah ada orang lebih derita dari kita..
Kalau kita sakit, ada orang yang lebih teruk sakitnya dari kita..
Ya Allah, hapuskanlah rasa yang kian membengkak ini Ya Allah..
Kekalkanlah aku dengan kesabaran, keimanan agar aku tidak jauh dari mu..
Temanilah aku dengan kasih sayang mu Ya Allah..

Amin...

P/s : Saya betul betul letih...tolong saya...



Aku Nak Share Jugak Ngan Korang Ape Perlu Kita Buat  Bila Kita Kecewa.
Tips La Ni ;) Jom Share ~



1. Mendekatkan diri dengan Tuhan
Perkara ini tidak seharusnya dipraktikkan semasa anda bersedih sahaja. Sebaiknya sepanjang masa anda mengingati Tuhan agar hidup anda lebih tenang dan diberkati. Namun apabila berada di dalam kekecewaan, lipat gandakan lagi ibadah dan dan sentiasa bersyukur dengan apa yang berlaku. Percayalah bahawa pasti ada rahmat di sebalik segala dugaan yang diberikan oleh Tuhan.

2. Menangislah sepuas hati
Mungkin ada orang yang beranggapan menangis bukanlah jalan penyelesaian terbaik. Namun dengan menangis sekurang-kurangnya anda dapat meredakan segala tekanan yang ditanggung. Jangan pendam segala masalah yang dihadapi kerana ianya hanya akan menyesakkan lagi fikiran anda.

Malah ramai pakar psikologi percaya menangis adalah antara terapi terbaik untuk melegakan tekanan. Namun harus diingat, janganlah menangis secara keterlaluan hingga boleh memudaratkan diri. Apatah lagi jika anda seorang lelaki.

3. Mengadu pada teman
Rasa kecewa yang dialami adakalanya perlu dikongsi dengan orang lain. Namun anda harus bijak memilih teman kerana bukan semua teman mampu berkongsi kesedihan dengan anda. Pilih teman yang paling anda percayai dan minta sedikit nasihat daripadanya.

Seorang teman yang rapat sudah tentu mengenali anda secara peribadi dan mereka mampu untuk merasai segala kesedihan yang anda alami. Jadikan nasihat yang diberikan itu sebagai pemangkin untuk anda meneruskan kehidupan.

4. Menulis diari atau blog peribadi
Ada juga individu yang akan melepaskan tekanan atau rasa kecewa yang dialaminya di atas sekeping kertas. Jika cara itu sesuai dengan anda, teruskan sahaja kerana ianya cukup praktikal dan tidak menyakitkan sesiapa. Lagi elok jika anda menjadikan diari sebagai teman baik anda semasa berduka, Segala catatan yang dicoretkan adalah luahan hati anda sendiri.

Namun kini zaman semakin moden. Selain diari, blog peribadi juga sering menjadi pilihan sekiranya diri dilanda kekecewaan. Oleh itu jangan bersedih lagi kerana anda kini mempunyai ruang peribadi yang cukup besar untuk meluahkan rasa kecewa yang dialami.

5. Beri ruang pada diri sendiri
Sesetengah individu suka membuang rasa kecewa yang dialami dengan cara duduk bersendirian untuk tempoh jangka masa tertentu. Dalam tempoh tersebut anda boleh menilai semula apa yang berlaku dan mampu berfikir dengan lebih rasional. Percaya pada diri sendiri dan teruskan hidup seperti biasa.

6. Jauhkan diri dari tempat kenanganmu
Jika anda telah lama menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang, sudah tentu banyak kenangan yang tercoret di antara kalian. Jalan terbaik cuba hindari lokasi-lokasi yang pernah menjadi kenangan cinta di antara anda dan si dia.

Dengan cara ini ianya sedikit sebanyak mampu meredakan tekanan serta melupakan kisah cinta tidak kesampaian di antara anda dan si dia. Jika anda masih tidak mampu, apa kata anda berpindah dan mencari persekitaran baru yang lebih sesuai dengan jiwa anda yang kekosongan.

7. Berfikiran positif
Apabila si dia menolak cinta anda, pasti ada sesuatu yang tidak kena wujud di dalam diri anda. Adakalanya anda tidak menyedari terdapat banyak sikap negatif di dalam diri sendiri.

Oleh sebab itu, jadikan kekecewaan yang dialami sebagai medan untuk anda muhasabah atau menilai diri sendiri. Mana yang kurang elok, segera dibuangkan supaya tragedi yang sama tidak akan berulang apabila anda menemui pengganti si dia.


8. Bergembira bersama rakan
Jika sebelum ini anda selalu menghabiskan masa dengan kekasih hati hingga anda dikecewakan, apa kata kini anda cuba meluangkan masa dengan kawan-kawan anda pula. Tidak salah untuk bergembira dan bersosial bersama rakan-rakan asalkan anda tahu akan batas-batasnya.

Mungkin dengan cara ini anda dapat melupakan atau mengurangkan rasa kecewa yang dialami. Melalui kajian yang pernah dilakukan, kaedah ini dikatakan sangat berkesan dan kebanyakan mereka yang pernah mengalami rasa kecewa yang melampau berjaya mengatasinya apabila terdapat komuniti sosial mendampingi mereka. Alangkah hebatnya pengaruh rakan-rakan di dalam kehidupan kita.

9. Buat penampilan baru
Buang imej lama anda dan tampil dengan imej baru yang pastinya lebih segar dan menawan. Secara tidak langsung kekecewaan yang anda alami memberikan kebaikan kepada diri anda. Dengan penampilan baru yang lebih segar, pastinya peluang untuk anda mencari pengganti atau meningkatkan kerjaya anda terbuka luas.

Jadi jangan lepaskan peluang kerana dengan pekerjaan yang baik serta penampilan diri yang berkeyakinan anda pastinya mampu untuk mencari pengganti yang jauh lebih menarik daripada bekas kekasih anda.

10. Cari Pengganti
Jangan terlalu lama meratapi kehilangan insan tersayang. Bangkit daripada kekecewaan yang dialami dan cari pengganti yang jauh lebih elok daripada kekasih lama. Percayalah peluang untuk anda mengubat kedukaan terbuka luas asalkan anda bijak mencari peluang. Tepuk dada tanya selera!

*Tu aje la yang dapat aku share . aku tengah kecewa lagipun sebenarnye ni , soo ,
nak redakan skit kekecewaan aku tu , aku pon blogwalking la :)


Kisah Gadis Bertudung

Ini adalah artikel yang aku ambil dari FP Sirloin Skipper yang aku rasa amat baik untuk renungan semua..semoga kita semua mendapat hidayah daripadanya. 




                                                      *Gambar Diatas Tiada Kene Mengene

Kisah Benar gadis Bertudung.. 

"Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu. 

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. 

Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, " cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!" 

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak y ang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli. 

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. 

Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku? 

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya kata kan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! 

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya.. 

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan. 

Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi... 

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguakmisteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri..disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata) 

Annisa: aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik" 

Isteri jiranku: Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati 

Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik?? 

Isteri jiranku: Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya? 

Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat makcik bagaimana? 

Isteri ji ranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita .. 

Annisa: tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok.. 

Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami... 

Annisa: apakah hakikat tudung ? 

Isteri jiranku :Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung.. 

Annisa: mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu? 

Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa .ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka... 

Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . .Allah SWT. Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.. 


Subhanallah ... 

Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta, tuli dan bisu.." wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.. "Tak tahan airmata ini pun jatuh". Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya.. Amin..Subhanallah. 


Tuesday, June 28, 2011

Cara Terbaik Untuk Menolak cinta







Cara Terbaik Untuk menolak Cinta...

Kehendak manusia terhadap cinta memang beragam. Ada yang sukar mencari pasangan dan ada pula yang mati akal untuk menolak cinta.

Mencari cinta lelaki tidak semudah mencari pakaian di gedung membeli belah. Kadangkala memang lelaki itu sudah menghulurkan tali untuk mengikat, tetapi jauh disudut hati terasa sukar menerima biarpun kerap keluar bersama. Dalam mencari pasangan, bagi seorang wanita, mereka bukan terlalu demand tetapi mereka lebih berfikir bagaimana mencari pasangan yang sesuai untuk dijadikan tempat berpaut.

Umumnya wanita memang suka jika ramai lelaki dekat dan terpikat kepadanya. Siapa yang tidak ingin dirinya menjadi perhatian ramai lelaki? Dan betapa bahagianya hidup jika orang yang dicintai itu turut membalas cinta dan mengungkapkan perasaan untuk hidup bersama. Cinta yang berbalas sudah pasti mengasyikkan, tetapi bagaiamana pula jika seseorang yang menyuarakan hasrat itu bukan lelaki atau wanita idaman. Dia hanya kita anggap sebagai teman biasa dan tidak ada sekelumit cinta pun untuknya. Kalau ini terjadi bagaimana kita mahu menolaknya? Memang bukan perkara mudah. Banyak sebab yang membuatkan lidah kita kelu untuk membuat penolakan itu, antara takut menyakitkan hati, takut kehilangan kawan, atau bimbang terputus hubungan dengan lelaki tersebut. Jika dilema ini yang sedang anda hadapi, ikuti cara ini.

Ambil Sikap Berlawanan

Ketika dia telah menyuarakan perasaannya, tentu ada sesuatu yang membuatnya tertarik kepada anda. Mungkin keceriaan anda, sifat anda yang feminisme atau macho, atau kerana sikap perihatin anda, serta banyak perkara lagi yang boleh membuat seorang tertarik kepada anda.

Gunakan kesempatan ini untuk menunjukkan sikap yang berlawanan. Jika selama ini anda seolah-olah memberi perhatian atau seorang yang perihatin, maka kurangkan perihatin anda kepadanya. Jika dia tertarik dengan sikap anda yang apa adanya, tidak ada salahnya tampil 'nakal' atau 'gedik' sedikit di depannya. Sikap ini akan membuat dia berfikir semula untuk memilih anda. Jangan bimbang kerana paling teruk pun, dia akan berfikir bahawa anda tidak ada pendirian tetap dan tak ada kelas.

Cara ini mungkin lebih mujarab jika anda bercakap mengenai lelaki lain ketika bersamanya. Ini cara terbaik untuk memadam keinginannya untuk menjadi kekasih anda. Katakan betapa anda amat tertarik pada lelaki atau wanita itu, dan berharap boleh menjadi kekasihnya. Percakapan ini boleh menjadi jarak, dan secara tidak langsung memahamkannya bahawa anda hanya ingin menjadikan dirinya sebagai kawan biasa dan sebagai tempat untuk berkongsi cerita.

Jangan Terbuka

Jangan beri kesempatan kepadanya untuk membuat tafsiran terhadap diri anda. Kecuali dia memang sudah mengetahui hubungan anda berdua hanya sebagai sahabat baik. Jangan mengungkapkan perasaan, emosi, kemalangan atau sesuatu masalah yang terjadi terhadap diri anda kepadanya. Ceritakan perkara-perkara biasa yang gembira sahaja. Lelaki cenderung merasakan telah diberi hati, dan dipercayai, jika dirinya telah dijadikan tempat mengadu nasib dan tempat meluahkan perasaan oleh wanita idamannya. Apalagi jika dirinya diminta untuk membantu menyelesaikan masalah.

Lelaki sangat suka jika dapat membantu menyelesaikan masalah temannya terutamanya wanita.

Selain itu, jangan beri peluang untuknya mengungkapkan kegalauan hatinya kepada anda. Kalau dia mengatakan sedang menghadapi masalah dan ingin bercerita, tolaklah secara halus. Katakan anda sedang sibuk atau sebagainya. tetapi jika dia sudah berada di hadapan anda, cukuplah hanya menjadi pendengar yang baik. Jangan memberi apa-apa saranan atau bersimpati dengannya.

Jauhi Berdua-duaan.

Umumnya lelaki akan cari kesempatan untuk rapat dengan wanita yang disukainya dan berusaha untuk mengungkapkan perasaannya. Dari itu jangan beri ruang antuk anda berdua-duaan dengannnya. Kala dia mengajak anda kelua berdua dengannya, tolaklah dengan halus, samada katakan anda ada urusan lain atau katakan anda lebih suka keluar beramai-ramai. Anda tetap keluar bersamanya tetapi dengan kawan-kawan anda atau kawan-kawannya. Pergilah makqa bersama atau membeli-belah beramai-ramai. Lagipun bukankah persahabatan sejati, harus saling menghargai kebebasan setiap individu.

Kalau dia berkunjung ke rumah, pastikan ada teman-teman, sanak saudara atau ahli keluarga anda berada di rumah dan tetap bersama anda melayani di ruang tamu. Dengan cara ini, dia tidak mempunyai waktu untuk mengenali anda dengan lebih mendalam. Dan anda pun tidak akan menghadapi situasi tidak menyenangkan kerana terpaksa menjawab lamaran hatinya. Kalau dia bersungguh-sungguh juga mahu menyuarakan hasrat hatinya, paling tidak pun dia mencari alternatif lain, seperti menelefon, melalui surat, email atau SMS .

Anda tidak akan tertekan memberikan jawapan kepadanya kerana dia tidak ada di depan mata anda. Jika anda menolak pun anda boleh memainkan bahasa yang baik tanpa dia di depan mata.


PESANAN :  Sebelum kita menolak cinta seseorang cuba bayangkan bagaimana perasaan kita bila kita tahu orang yang kita cintai itu tidak menyintai kita ? Adakah kita akan kecewa atau tak rasa apa-apa ? Kalau tak rasa apa-apa itu menunjukkan kita memang tak ada perasaan cinta pada orang itu ! Bagaimana kalau kita merasa kecewa ? Kekecewaan yang sama juga akan dirasai oleh orang yang kita tolak cinta mereka. Kenapa kita nak tolak cinta mereka kalau kita sendiri tidak sanggup kalau cinta ditolak ? pepatah ada menyatakan "Tak Kenal Maka Tak Cinta" oleh itu sebelum kita menolak cinta seseorang kita mestilah memberi peluang untuk cinta itu berputik kerana cinta yang terbaik ialah kita mencintai orang yang cinta kepada kita. Dalam kes menolak cinta kita seharusnya tahu bahawa kita sudah ada orang yang cinta kepada kita hanya tunggu kita saja membalas cintanya untuk menjadikan cinta kita terbaik. Dalam masalah percintaan biarlah kita mendapat cinta sejati iaitu orang yang benar-benar cinta kepada kita. Samada kita cinta atau tidak pada orang itu tidak menjadi masalah kerana cinta boleh dipupuk dengan hubungan yang ikhlas dan mesra.


Monday, June 27, 2011

Kenapa Lelaki Curang ?

hari ni aku singgah menyinggah blog orang.. tapi tertarik ngan entry ni.. jom layan.. copy n paste je ni... sekadar untuk bacaan mbik yang baiknye ye.. ^_^



Pernahkah you all terfikir, mengapa lelaki berlaku curang?… Adakah mungkin kerana wanita lain lebih lawa lagi?

Ramai wanita menjawab, “Nama lagi lelaki…memanglah curang!…tak boleh percaya!” Namun yang nyata jawapan itu tidak akan membuatkan wanita merasa tenang pun. Menyakitkan hati lagi ada. In general, it’s down to individual, actually.

Pada pendapat bro, lelaki tidak mempunyai sebarang sebab mengapa mereka berlaku curang. Mereka tidak mempunyai alasan kukuh, malah jika ditanya dengan lelaki itu sendiri, semua jawapan yang diberi seolah-olah mereka sendiri juga tidak tahu apakah sebab utama sebenarnya.

“Tapi mungkin kerana, pasangannya dah gemuk, tidak seperti di awal perhubungan? ”

If ever bro yang berlaku curang, maybe bro sendiri tidak tahu menjawabnya. You know, kadang-kadang tu bro sendiri terasa nak tergelak mendengar alasan-alasan yang diberi apabila lelaki-lelaki ini tertangkap berlaku curang. Pernah dengar alasan, “I rasa tersisih semenjak kita ada baby…you lebih pentingkan baby dari I…itu yang I cari ’Baby’ lain!”

YES, memang dia orang tahu apa yang dia orang nak…tetapi untuk memberi sebab utama, mulailah terkial-kial dengan berbagai alasan yang tak masuk diakal pun sempat direka ciptanya :-

Kata lelaki, Masa awal-awal dan masih cinta…

“Kalau you busy macamana pun…tak apa, I tunggu.”
“You tak pandai masak pun tak apa, kita boleh makan luar je”
“I akan tetap cintakan you walaupun fizikal you berubah.”
“I suka you sexy, menaikkan semangat I tau”
“I’m a good listener, you can talk about anything to me.”
Kata lelaki, setelah tertangkap berlaku curang…

“You selalu busy…I kesunyian so I cari lain lah.
“You tak pernah nak masak kat I, so ‘makan’ luar lah”
“You dah gemuk…I nak yang slim-slim.”
“Pakaian you terbukak camana pun…semangat I dah hilang kat you.”
“You cakap banyak sangat…bingit telinga I, BOSAN!!”

Aiih…cepat bebenor berubahnya ya…Hehehe…terkena kaum lelaki minggu ni. Tapi relax arrr…bukan bro nak menyalahkan sesiapa cuma bro sendiri curious and wondering, why do men cheat on women?!

Tidak ingatkah janji you all pada yang tersayang dulu-dulu? Mengapa mesti lelaki curang dan sampai hati pulak melukakan wanita?…Ada bro bertanya pada seorang lelaki yang pernah curang dengan isterinya sehingga membawa kepada berkahwin dua, nama dia Tam. “Encik Tam, best ke ada dua isteri ni?”

Jawab Encik Tam, “Dalam 10, sedapnya hanya 1…tak sedapnya ada 9!”

“Habis tu, buat apa Encik Tam kahwin lagi satu kalau macam gitu rupanya?” tanya bro.

“Masa tengah gatal dulu, tak tahu…jadi saya kahwin lagi satu, tapi setelah setahun kahwin, dah ada anak…rupa-rupanya sama aje. Balik-balik jadi macam bini yang pertama jugak!…Sekarang, mulailah nak menggatal cari yang ketiga!”

”Ai, Encik Tam…biar betul!”

“Hehehe…gurau aje..tak larat dah aku pun.”

Jadi, kesimpulannya hari ini, basically…

You berlaku curang hari ini, sedapnya hanya seketika. Hakikatnya, apabila you bersama yang pada pandangan you lawa, cantik dan masih sexy itu…apabila sudah beberapa lama…you akan JEMU jugak akhirnya.

I guess that’s the answer!!…LELAKI CURANG KERANA MEREKA CEPAT JEMU & BOSAN with the same girl all the time. Bila dah jemu, mulailah mencari yang lain. Yang mana sebenarnya, after a while…yang lain itu adalah wanita yang sama sahaja. Kesian orang pompuan!

Nasihat bro kepada kaum lelaki :

Carilah wanita yang benar-benar you suka. Sukakan segala-gala tentangnya. Suka cara bercakapnya, suka lenggoknya, suka personiliti…suka semualah. Kemudian bayangkan yang you akan grow old together…kalau boleh nampak bahagia…then bro pasti cinta akan hadir dengan sendiri, mengikat hati anda berdua.

Nasihat bro kepada kaum wanita :

Pandai-pandailah mengubah scenery kehidupan anda berdua agar pasangan anda tidak mudah jemu. Tukar-tukarkan cara berpakaian, style rambut, ubah cara sentuhan dan panggilan! Pelbagaikan pulak perkara yang dilakukan, tempat yang dikunjungi, persoalan yang diperbualkan. Kalau biasa duduk belah kiri, duduk belah kanan pulak. kalau biasa di bawah, kenalah di atas pula. Kalau semua dah biasa…fikirkan sesuatu agar everything menjadi luarbiasa. Barulah happening dan teruja pasangan anda tuuu…

Alright semua…so, apa pendapat anda pula?…adakah cara-cara lain yang boleh anda fikirkan untuk dikongsi bersama?…keluarkan apa yang anda rasa boleh membantu antara satu sama lain and let it out here.


Sunday, June 26, 2011

Be Happy as You Want

Almost everyone have heard the hit single 'Don't Worry, Be Happy' by Bobby McFerrin. The song has a very catchy way of conveying its message of being happy to everyone. Bobby Mcferiin's simple message surely made a lot of people by telling them not to worry.

Living a happy, resilient and optimistic life is wonderful, and is also good for your health. Being happy

actually protects you from the stresses of life. Stress is linked to top causes of death such as heart disease,cancer and stroke.

One of the better things ever said is - 'The only thing in life that will always remain the same is change', and in our life we have the power to make the necessary changes if we want to. Even if we find ourselves in an unbearable situation we can always find solace in the knowledge that it too would change.

Social networks or relationships are essential to happiness. People are different, accept people for who or what they are, avoid clashes, constant arguments, and let go of all kinds of resentments. If arguments seem unavoidable still try and make an effort to understand the situation and you might just get along with well with

Happiness is actually found in everyone, increasing it is a way to make a life more wonderful and also more healthy.

To be happy is relatively easy, just decide to be a happy person. Abraham Lincoln observed that most people for most of the time can choose how happy or stressed, how relaxed or troubled, how bright or dull their outlook to be. The choice is simple really, choose to be happy.

There are several ways by which you can do this.

Being grateful is a great attitude. We have so much to be thankful for. Thank the taxi driver for bringing you home safely, thank the cook for a wonderful dinner and thank the guy who cleans your windows. Also thank the mailman for bringing you your mails, thank the policeman for making your place safe and thank God for being alive.

News is stressful. Get less of it. Some people just can't start their day without their daily dose of news. Try and think about it, 99% of the news we hear or read is bad news. Starting the day with bad news does not seem to be a sensible thing to do.

A religious connection is also recommended. Being part of a religious group with its singing, sacraments, chanting, prayers and meditations foster inner peace.

Manage your time. Time is invaluable and too important to waste. Time management can be viewed as a list of rules that involves scheduling, setting goals, planning, creating lists of things to do and prioritizing. These are the core basics of time management that should be understood to develop an efficient personal time management skill. These basic skills can be fine tuned further to include the finer points of each skill that can give you that extra reserve to make the results you desire.

Laugh and laugh heartily everyday. Heard a good joke?

Tell your friends or family about it. As they also say -'Laughter is the best medicine'.

Express your feelings, affections, friendship and passion to people around you. They will most likely reciprocate your actions. Try not to keep pent up anger of frustrations, this is bad for your health. Instead find ways of expressing them in a way that will not cause more injury or hurt to anyone.

Working hard brings tremendous personal satisfaction. It gives a feeling of being competent in finishing our tasks.

Accomplishments are necessary for all of us, they give us a sense of value. Work on things that you feel worthy of

your time.

Learning is a joyful exercise. Try and learn something new everyday. Learning also makes us expand and broaden our horizons. And could also give us more opportunities in the future.

Run, jog, walk and do other things that your body was made for. Feel alive.

Avoid exposure to negative elements like loud noises, toxins and hazardous places.

These are the few simple things you can do everyday to be happy.

And always remember the quote from Abraham Lincoln, he says that, "Most people are about as happy as they make up their minds to be."

Monday, June 20, 2011

TRICK - Kekalkan/Extend Penggunaan Topup RM10 ( Cepat !! )



Wah.. bunyik cam trick mengayat jahat je kan.. Tapi macam trick hacker jugak la kan..Aku sekadar berkongsi.. Nak buat atau tak,tu korang punye pasal..haha.. tapi kalau kena tangkap,korang jual nama aku lak,siap korang.. :D

Ramai yg cakap , guna Line lebih jimat dari Prepaid.. Betul ke ? Sebelum korang jawab soalan tu,korang kena try trick yg aku nak ajar ni dulu.. pastu pandai-pandai la korang nilai sendiri mana satu yg lebih jimat.

Selalunya,orang akan Topup kalau yg standard pun,RM10 la kan.. kalau yang RM5 tu selalunya diorang bahagikan je, RM5 untuk diri sendiri, lagi RM5 untuk bf/gf .. Eleh,ingat guwa tak tahu ke..guwa pun buat..hahaha.. Kalau nak topup RM30 pulak,kang ade pulak yg perli kate kita ni nak menunjuk kaya.So yg paling relevan adalah RM10 je la.

Tapi bagi yg heavy user macam aku ni,ada hal sket,aku kol,malas nak mesej-mesej,sure la kredit cepat habis kan ? Nak-nak lagi kalau kawan-kawan semua guna telco lain.Kat Kedah ramai guna Maxis,so aku guna laMaxis.Masalahnya kat UIA ni ramai guna Celcom,so agak parah la kan.

So kali ni meh aku ajar trick dan tips camne korang nak bagi RM10 korang tu, bleh extend atau dalam bahasa kampung aku,lambat habis.Ha.. bunyik cam best kan ?? Lepas ni sure korang bleh gayut berapa jam pun korang nak,nak SMS berapa juta pun yg korang nak,tapi RM10 tu tak akan habis punye.

p/s - Tips ni aku belajar dari sorang kawan yg keje kat System Development Department kat sebuah syarikat telco terkemuka kat negara kita.Syarikat mane,aku tak leh inform.Dia paksa aku sumpah supaya jangan hebohkan.So aku terpaksa la rahsiakan kan.. Kang korang serbu dia plak..Hehe..

Check this out dudes !!

AMARAN !! - JANGAN BUAT LEBIH DARI 3 KALI.KALAU LEBIH,TELCO KORANG AKAN DETECT DAN AKAN BATALKAN NUMBER HP KORANG.PADAN MUKA KORANG :D

NAMA TEKNIK : BALANCE SYSTEM CROSSING
TARIKH YG SESUAI : 25HB++ BAGI SETIAP BULAN
WAKTU YG SESUAI : PUKUL 3PM KE ATAS (sistem sedang diselenggara time ni, so ada loopholes )

1) Beli topup RM10 , gores dan ready dengan kod topup tu.
2) Buka Message, taip  < ** REC 10 > dan send kat 09901
3) Tunggu dia reply, nanti korang akan dapat satu kod 6 Digit.Salin,jangan tersilap salin plak.
4) Pastu korang reply dengan menaip <**REC 10>  pastu send balik kat number tadi.

5) Pastu diorang akan reply "Please insert your topup ticket number" . Ha,tunggu ape lagi.masukkan la kod topup korang tu.Pastu send kat number tu jugak.
6) Kalau berjaya, dia akan reply mesej macam ni : 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Ingat ni syarikat opah ko ??!!!! Masuk toilet pun kene bayar 20 sen.. ni plak ko nak topup 10, guna seumur hidup.. tokey balak pun bankrap kalau semua nak free macam ni.. banyak cantik muka ko !!






Ha.. tu la pasal.. terkejut gak aku dapat mesej macam tu.. ni kira ok lagi.. kadang-kadang tu aku dapat mesej kasar lagi daripada ni.. tu pun lepas aku try 3-4 kali la.. siap mencarut2 bagai lagi..hehe..


Peace yo ! :D

NAK SHARE BLEH,TAPI BACKLINK BALIK KAT BLOG AKU :D
Sumber : Click Sini


Ciri Ciri Wanita Idaman



Benarlah kata-kata sikap lelaki memang sukar ditelah. Perangai mereka ada kalanya memeningkan kepala wanita terutama yang mencintainya. Anda perlu menunjukkan rasa kasih mendalam terhadapnya demi meraih cintanya. Walaupun pada dasarnya cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan, anda harus memberi sebahagian hati untuk membuat dia tertawan.
Untuk merasai lebih dicintai, anda sendiri harus mengetahui apa yang disukai lelaki pilihan anda itu. Jika lelaki sukakan wanita yang memenuhi cita rasanya, cubalah belajar mengenali hati lelaki. Mana tahu sikap anda yang pandai mengambil hati, tidak mementingkan diri sendiri selain boleh bertolak ansur menjadi faktor lelaki itu memuja anda suatu hari nanti.
Lelaki juga tidak suka wanita yang mengada-ngada selain wanita yang agak ganas dalam bergaul. Untuk itu, tatacara pergaulan perlu dijaga supaya anda menjadi wanita yang lemah-lembut dan berhemah sepanjang pergaulan. Ia penting kerana anda tidak terlalu menampakkan sikap yang membuatkan lelaki cepat muak atau meluat.
Mungkin anda boleh mencuba petua ini, mana tahu persahabatan yang disemai berakhir dengan ikatan suci:
1. Jadi pendengar setia
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.
2. Tarikan derapan kasut
Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
3. Jangan bersolek tebal
Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.
4. Ingat hari pentingnya
Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.
5. Hormatinya
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
6. Jangan terlalu kebudak-budakan
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
7. Agresif
Lelaki suka sikap wanita yang agresif.
8. Jangan terlalu seronok
Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

9. Jangan ganas

Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.
10. Jangan terlalu baik
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.
11. Jangan perasan
Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
12.Sikap sederhana
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
13. Sikap keibuan
Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.
14. Lemah-lembut
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
15. Sensitif
Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.
16. Kenali dirinya
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.
17. Jaga kecantikan
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!
18. Gaya kemas
Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.
19. Jangan kuno
Jangan bersikap terlalu kuno.
20. Sering tanya khabar
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
21. Jujur dalam tingkah laku
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.
22. Suka yang beragama
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.
23. Tidak mudah dipermainkan
Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.
24. Jangan tunjuk lemah
Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
25. Tunjuk matang
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
26.Suka dimanja
Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.
Sumber : Click Sini