Tuesday, May 17, 2011

Perangai Lelaki Ketika Bersama Kawan Dan Kekasih . Hahaa ~

adakah anda tahu, seorang lelaki apabila bersama dengan kekasih hatinya sebenarnya perangai berlainan apabila lelaki itu bersama dengan rakan-rakan? kebanyakan lelaki tak tunjuk perangai sebenar ketika bersama rakan-rakan dengan kekasih hatinya.. contohnya seperti aku sendiri, kalau dengan rakan-rakan, aku kuat menyumpah tapi kalau dengan awek, aku pijak semut pun tak mati.. kah kah kah.. dan yang paling majoritinya ialah lelaki tidak pandang awek hot lain ketika bersama kekasih hatinya tetapi apabila bersama rakan-rakan adalah sebaliknya.. 



inilah apa yang lelaki paham sesama lelaki.. jadi sekiranya seorang lelaki itu membawa kekasih berjumpa rakan-rakan pun, rakan-rakan boleh paham bahawa lelaki itu kena 'kontrol' perangai sikit depan kekasih hati.. ini bukanlah rahsia lelaki.. kaum wanita tidak perlu risau sekiranya suami atau teman lelaki anda berperangai lain macam ketika bersama rakan-rakan.. ini normal.. tapi pastikan teman lelaki atau suami anda berkawan dengan rakan yang baik..

kenapa rakan yang baik? contohnya kalau ada rakan aku gatal nak mengurat awek hot lain (sedangkan dia sudah beristeri), aku akan memarahinya.. tapi kalau setakat pandang jeling-jeling, itu adalah normal.. hahaha.. tapi ada juga manusia setan yang suka menghasut.. jadi kepada perempuan diluar sana, kenalilah pasangan anda dan rakan-rakan mereka sekiranya boleh.. untuk tidak membuang masa, aku nak kongsi antara perangai rakan-rakan aku yang tidak diketahui oleh teman wanita atau isteri mereka..

ada kawan aku sorang ni hensem, smart, rambut sentiasa terurus.. tapi bilik macam sarang tikus.. bau longkang.. kadang-kadang berak pun malas nak pam.. kah kah kah

ada kawan aku sorang ni kalau nak jumpak awek, wangi gilababy.. tapi sebenarnya masa dia keluar tu, dia tak mandi pun..

ada kawan aku sorang ni kalau bersama dengan awek, kontrol macho nak mampus.. tapi kalau kat rumah sewa, dia suka calit taik hidung kat tombol pintu dan kadang-kadang dia kentut dalam peti ais..

ada kawan aku sorang ni kalau awek dia call malam-malam, dia selalu jawab call tu buat suara lemah longlai kononnya tengah tidur.. padahal tengah main DOTA..

ada kawan aku sorang ni kalau dengan awek dia, segala-gala dia yang paling hebat, dia yang paling kuat, dia yang paling otai.. tapi kalau dengan rakan-rakan, dia la yang selalu kena 'bahan'..

ada kawan aku sorang ni kalau dengan awek dia, direct dia ja yang belanja awek dia, bagi itu bagi ini, semua sebab nak tunjuk yang dia BERduit la kononnya.. padahal balik rumah makan megi..

ada kawan aku sorang ni (mat kelabing la kononnya) pegi kelab naik motor parking jauh-jauh.. tapi cakap kat awek dia ada kawan datang hantar.. kah kah kah.. jatuh stended la mat kelabing naik motor..

Sumber : Click Sini

2 comments:

  1. law awk mcm mner plk? brny lar jling2 gurl len, law sye taw, siap awk!

    ReplyDelete